Zidane Kembali Bersama Real Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Zinedine Zidane membuat kepulangan mengejut untuk bersama Real Madrid ketika nama bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho menjadi sebutan ramai sebagai pengganti Santiago Solari selepas 10 bulan berpisah.

Real Madrid dilanda ribut dan huru-hara ketika ini dengan perangai diva Gareth Bale, Isco yang mengalami masalah berat badan serta pemain pertahanan mereka Sergio Ramos dan Marcelo dikaitkan dengan Juventus.

Huru-hara bertambah teruk sejak Real Madrid tewas dua kali dalam perlawanan El Clasico di kaki Barcelona dalam tempoh seminggu. Bale dilaporkan meninggalkan stadium selepas dikeluarkan ketika perlawanan masih berlangsung.

Nasib malang terus menimpa Los Blancos yang merupakan juara bertahan UEFA Champions League selama tiga tahun berturut-turut apabila ditendang keluar di pusingan 16 terbaik oleh Ajax dengan penuh memalukan.

Santiago Solari hanya bertahan selama 5 bulan selepas mengambil alih Real Marid daripada Julen Lopetegui yang gagal membawa impak sepatutnya yang dipecat selepas dibelasah Barcelona.

Julen Lopetegui hadir menggantikan Zidane dengan penuh kontroversi apabila dilantik sebelum perlawanan pertama Sepanyol di Piala Dunia 2018. Satu tindakan yang mengganggu persiapan psaukan Sepanyol yang pulang awal.

Selepas 10 bulan berlalu Real Madrid telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Zidane merupakan pengurus Baharu mereka.

"Lembaga pengarah Real madrid telah bermesyuarat hari ini pada isnin, 11 Mac 2019 dan telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Santiago Solari bersama kelab sebagai jurulatih pasukan utama."

"Real Madrid menghargai hasil kerja dan komitmen serta kesetiaan yang ditunjukkan Santiago Solari."

"Lembaga pengarah juga telah bersetuju untuk melantik Zinedine Zidane sebagai jurulatih baharu Real Madrid dengan kadar segera untuk baki musim dan dan tiga musim mendatang sehingg 30 Jun 2022.

"Presiden Real Madrid akan muncul hari ini bersama Zinedine Zidane di bilik media di Stadium Santiago Bernabeu."

Zidane sebelum ini telah menghabiskan masa selama 2 tahun setengah di Bernabeu dan membuat rekod menakjubkan di Eropah dengan menjulang Champion League 3 kali berturut-turut.

Pada penghujung musim lalu, Zidane memutuskan untuk meninggalkan Los Blancos selepas lima hari mencipta sejarah dengan merangkul kejuaraan Champions League buat kali ke-13 dan mencatat hatrik dengan 3 kejuaraan berturut-turut.

Suasana kelam menyelubungi Real Madrid kerana belum habis gembira meraikan kejayaan penuh bersejarah, Zidane merentap kegembiraan itu. Kesuraman itu membawa ke musim ini.

Adakah Zidane mampu mengembalikan sentuhan ajaibnya?

Siapakah Zinedine Zidane?

Berasal dari kabilah Berber di Algeria, kedua ibu bapa Zidane telah berpindah ke Perancis untuk lari dari perang Algeria. Pada  23 Jun 1972, ibunya telah melahirkan seorang putera yang bakal menakluki dunia bola sepak.

Membesar di Marseille, Zidane menghabiskan masa seperti kanak-kanak lain bermain bola sepak jalanan sehinggalah bakatnya dikesan seawall usia 10 tahun, apabila kelab US Saint-Henri mengambilnya sebagai pemain junior. Setelah enam bulan di kelab tersebut, Zidane disunting pengarah kelab SO Septèmes-les-Vallons, dan bermain di kelab itu sehingga usianya 14 tahun.

Pergerakan kakinya yang lemah gemalai mengawal bola menarik minat kelab AS Cannes, lantas beliau terus diambil dan diserap ke kelab remaja Cannes.

Pada awal penyertaannya di Cannes, Zidane pernah dihukum mencuci asrama kerana tindakannya menyerang penyokong pihak lawan yang mencaci keturunannya ketika satu perlawanan. Usai hukumannya selesai, jurulatihnya meminta beliau menyalurkan tenaga kemarahannya ke  arah fokus terhadap perlawanan, dan hasilnya, beliau berjaya. Bersama Cannes, Zidane mendapat Ligue 1 debut menentang FC Nantes.

Zidane berlalu pergi melepaskan peluang menjulang piala dunia.

Pada musim 1992-93, Zidane dibeli Girondins de Bordeaux, dan membentuk jaringan tengah pasukan yang cukup mantap bersama Bixente Lizarazu dan Christoppe Duggary.

Ketiga-tiga mereka menjadi nadi utama Bordeaux dalam mencapai kejayaan tempatan dan eropah, dan mereka bertiga juga menjadi tonggak utama ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 di bawah bimbingan Aime Jacquet.

Pada 1995, Kenny Dalglish, yang ketika itu baru sahaja meraikan pasukannya Blackburn Rovers menjuari EPL, berhajat mahu membawa Zidane dan Duggary ke Ewood Park, akan tetapi dinafikan pengerusi Blackburn dengan mengatakan :

"Kenapa kita perlukan Zidane sedangkan kita sudah mempunyai Tim Sherwood (bekas jurulatih Aston Villa)."

Malah pada 1996,Newcastle United yang pada ketika itu dibimbing Kevin Keegan, pernah ditawarkan midfield maestro itu namun menolaknya dengan mengatakan bahawa Zidane tidak sesuai bermain di liga England.

Kerugian besar buat kedua-dua pasukan.

Seperti kau, Zidane juga pernah mempunyai rambut.

Pada musim bunga 1996, Zidane menyertai Juventus dan memberi impak yang segera. Pada musim tersebut Juventus memenangi Serie A dan Intercontinental Cup. Nasibnya kurang baik apabila mereka tewas 3-1kepada Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Kejuaraan Eropah.

Pada 1998, Zidane dianugerahkan pemain terbaik FIFA dan Ballon d’Or (pemain terbaik Eropah). Pada 2001, Zidane pernah digantung perlawanan apabila menanduk pemain Hamburger SV dalam  satu perlawanan UCL.

Pada tahun tersebut juga, Real Madrid telah membelinya pada rekod dunia, iaitu kira-kira 75juta euro. Pada tahun 2002, Zidane menjaringkan gol tercantik dalam sejarah perlawanan akhir UCL sekaligus membawa pulang piala UCL ke Madrid, setelah menewaskan Bayer Leverkusen yang diketuai Michael Ballack (Ballack tidak bermain pada perlawanan akhir akibat digantung).

Pada 2006, Zidane bersara dari arena bola sepak kelab dan antarabangsa. Sejak dari itu, sentuhan kaki ghaib Zidane tidak dapat lagi ditonton oleh para pencinta bola sepak melainkan di youtube.

Zidane cemerlang sebagai pemain dan pengurus.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke kaki.

Perumpamaan itu sesuai diguna pakai bagi keluarga Zidane, apabila anak sulungnya, Enzo Zidane, mengikut jejak langkah bapanya bermain untuk Real Madrid. Pada hari ini, Zidane menjadi jurulatih kelab Castilla, pasukan muda Real Madrid, yang bermain di Segunda Division B.

Walaupun anaknya juga bermain untuk kelab tersebut, beliau tidak mendapat laluan yang mudah untuk membarisi skuad utama Castilla, dan perlu bertanding dengan pemain lain untuk memikat bapanya sendiri.

Menariknya, Enzo tidak menggunakan nama Zidane sebagai nama keluarga kerana baginya, bebannya terlalu besar untuk memikul nama seorang legenda bola sepak di bajunya. Jadi, Ezno telah beralih ke nama asal keluarga ibunya Fernandez. Kemampuan Enzo Fernandez boleh ditonton di youtube.

Zidane diangkat menjadi pengurus Real Madrid menggantikan Rafael Benetiz dan sejak itu beliau tidak menoleh lagi apabila membawa Real Madrid menjulang Champions League secara hatrik.




Paparkan Komen