Zidane Akui Boleh Dipecat Berikutan Keputusan Seri Menentang Pasukan Liga Bawahan

Izuddin oleh Izuddin 4 hari yang lalu

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane menerima hakikat bahawa kontraknya bersama Real Madrid tidak mempunyai sebarang makna selepas pasukan bimbingan beliau hanya mampu seri 2-2 menentang kelab divisyen 2, Numancia di Santiago Bernabeu semalam.

Walaupun mencatatkan keputusan seri, Madrid masih berjaya mara ke peringkat seterusnya saingan Copa Del Rey, berikutan kemenangan 3-0 yang dicatatkan mereka pada perlawanan pertama untuk aggregat 5-2. Kemenangan 3-0 tersebut adalah satu-satunya kemenangan yang berjaya diraih Madrid dalam 4 perlawanan sebelum ini.

Deborr

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Numancia, Guillermo yang masuk sebagai pemain gantian muncul hero pasukannya dengan menjaringkan dua gol penyamaan untuk menidakkan dua gol yang dijaringkan Lucas Vazquez.

Madrid juga mencatatkan keputusan seri pada peringkat sebelum ini menentang pasukan liga bawahan, Fuenlabrada. Zidane menurunkan pasukan keduanya pada perlawanan tersebut dan akibatnya mereka hanya mampu seri 2-2, tetapi kemenangan selesa perlawanan pertama telah menyelamatkan Madrid.

Selepas melihat pasukannya ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona, selain keputusan seri Ahad lalu menentang Celta Vigo, Zidane percaya kedudukannya sebagai pengurus Real Madrid kini terancam.

Vazquez masih berbisa disaat pemain lain lembik tidak bermaya

Walaupun baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Los Blancos September tahun lalu, Zidane tahu beliau tidak boleh terlalu bergantung kepada tempoh kontraknya kerana ia tidak membawa sebarang makna yang penting apabila berada di Real Madrid.

"Saya hanya memandang perlawanan ke perlawanan, dan tahun ke tahun. Saya tidak boleh fikirkan mengenai 2 atau 3 tahun yang akan datang, kerana seperti semua orang tahu di sini, kontrak tidak mempunyai sebarang makna."

"Agak sukar bagi pemain-pemain kami yang kurang beraksi. Kami berjaya menunjukkan permainan yang bagus. Mungkin kami sedikit keletihan pada penghujung perlawanan."

Dalam perlawanan tersebut, hanya Vazquez yang bermain baik dengan menjaringkan 2 gol. Selain dari beliau, pemain Real Madrid yang lain seperti hilang punca di atas padang dan tiada tenaga.

Walaupun pasukannya bergelut dalam perlawanan menentang Numancia, Zidane tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pasukan mudanya ditambah beliau dapat merehatkan pemain utama seperti Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan Gareth Bale.

"Saya gembira dengan apa yang pemain saya telah lakukan. Apa yang kurang hanya gol yang dilepaskan sebelum rehat separuh masa dan penghujung perlawanan. Tetapi selain dari itu, kami menunjukkan permainan yang baik dan pemain saya melakukan apa yang telah diarahkan."

Real Madrid akan menyambung aksi La Liga dengan menanti kunjungan Villareal di Santiago Bernabeu Sabtu ini dalam misi mereka merapatkan jurang dengan Barcelona.




Paparkan Komen