Witsel Tolak Tawaran Manchester United Kerana Ingin Menyertai Dortmund

Izuddin oleh Izuddin 4 bulan yang lalu

Pemain tengah Belgium, Axel Witsel menolak peluang untuk menyertai Manchester United kerana beranggapan beliau akan lebih dihargai di Borussia Dortmund, menurut ejen yang mewakili pemain tersebut Paul Stefani.

Stefani mendakwa Witsel merupakan antara nama yang berada atas dalam senarai pemain yang dikehendaki pengurus Red Devils,  Jose Mourinho. Witsel mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan kepulangan beliau ke Eropah selepas semusim bermain di China.

Witsel mahu jadi pemain utama dengan Dortmund, yang mana sukar untuk berlaku di Manchester United jika beliau pergi ke sana

Witsel memilih untuk menyertai Dortmund dalam perjanjian bernilai €20 juta dan Stefani mendakwa Witsel menerima banyak tawaran untuk beraksi dengan kelab besar Eropah kerana 'release clause' beliau yang agak rendah.

Witsel membawa diri ke Liga Super China untuk bermain dengan Tianjin Quanjian pada Januari 2017 dari Zenit St. Petersburg. Walaupun bermain di liga yang tidak kompetitif, Witsel masih menerima panggilan daripada Roberto Martinez untuk menyarung jersi Belgium dalam Piala Dunia 2018.

Selepas berjaya membantu Belgium menduduki tempat ke-3 dalam Piala Dunia yang lalu, Witsel mengambil keputusan untuk kembali beraksi di Eropah.

Dortmund memperolehi durian runtuh kerana Witsel mempunyai release clause yang agak rendah

Apabila mengetahui niat Witsel untuk berhijrah, ejen beliau menerima banyak tawaran dari kelab besar sekitar Eropah yang ingin mendapatkan khidmat Witset, ditambah pula pemain tersebut hanya mempunyai 'release clause' yang agak rendah iaitu €20 juta sahaja.

Manchester United merupakan kelab yang berminat untuk membawa Witsel kembali ke Eropah, tetapi Witsel memilih Dortmund kerana merasakan dirinya akan lebih dihargai di kelab tersebut.

"Saya dan Witsel ada bercakap sebelum ini dimana beliau memberitahu yang beliau mahu meninggalkan China. Sambil tersenyum, saya berjanji kepada Witsel yang saya akan mencari tawaran hebat untuk beliau."

"Saya masih ingat beberapa bulan saya ada pergi ke Dortmund, dimana saya berjumpa dengan salah seorang wakil kelab tersebut. Saya menelefon beliau dan wakil kelab itu menghubungkan saya dengan pihak pengurusan Dortmund."

"Direktor Sukan Dortmund,  Michael Zorc dan CEO Hans-Joachim Watzke mengajak saya ke Dortmund dan kami ada melakukan perbincangan ketika Witsel berada di Russia untuk Piala Dunia. Pada ketika itu, saya diberitahu Dortmund sedang mencari pemain seperti Witsel."

Semusim je cari makan kat China

"Saya menerangkan kepada mereka yang peguam yang mewakili Witsel telah meletakkan 'release clause' bernilai €20 juta dalam kontrak Witsel dengan Tianjin."

"Dortmund gembira mendengar berita tersebut kerana mereka ingat Tianjin akan meminta €60 juta untuk Witsel. Apabila perpindahan menjadi serius, Tianjin cuba untuk membuang 'release clause' berkenaan, tetapi segalanya sudah termaktub dalam kontrak."

"Terdapat beberapa buah kelab turut menyatakan minat terhadap Witsel. Manchester United mahu Witsel, Napoli pon sama. Tetapi saya beritahu Witsel, 'Di Dortmund, anda akan menjadi pemain No.1. Di Manchester, anda merupakan sebahagian daripada skuad.. sama juga di Napoli'."




Paparkan Komen