Warkah Dari Baku Untuk Adinda Nurul Izzah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi dan disayangi selalu semoga sihat-sihat belaka di samping keluarga tersayang.

Kekanda kini dalam perjalanan darat 6 jam dari Kampung Tok Imam Lapar ke Ceruk Tok Kun tapi percayalah warkah ini ditulis dari Baku, Azerbaijan. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan Arsenal menentang Chelsea tempoh hari.

Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Arsenal'.

Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era Arsenal bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang Arsenal. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh 'puteri' ini.

Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya iaitu nombor 4 tapi syang nombor 5 yang dapat. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam menyokong Arsenal yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan.

Percayalah, kekanda telah melaluinya ketika menyokong Manchester United sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat mengejar kejayaan atau glory hunter.

Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan kehebatan jiran yang kadang-kadang tidak berhati perut. Beberapa kali kekanda menangis sendirian antara meneruskan atau pasrah sahaja malah ada ketika mahu sahaja kekanda mengucapkan selamat tinggal daripada menjadi glory hunter. Kekanda pernah dinasihati sifu-sifu kelab penyokong agar senantiasa fokus dan buktikan nilai diri kita kepada perjuangan kelab penyokong.

Adindaku Nurul Izzah,
Nama adinda adalah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.

Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh Kurat al-qadam (bola sepak). Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"

Adinda mewarisi ketokohan Kurat al-qadam itu sama ada dengan pilihan atau warisan. Memang sukar untuk selalu diperbandingkan kita dengan ayahanda-ayahanda kita oleh manusia yang memerhatikan kita. Kekanda selalu berkias tidak layak perbandingan tersebut dengan berkata, kuku pun tak sama dengan ayahanda kekanda, apatah lagi ketokohannya.

Namun kita juga harus berbangga bahawa ayahanda kita mendidik kita sebaiknya untuk kita menabur bakti, berbuat baik tanpa syarat dan mementingkan perjuangan daripada diri sendiri. Kekanda yakin adinda telahpun menghadamnya sejak bergelumang di alam bola sepak.

Maharaja Arsenal Malaysia

Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi.

Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi. Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan.

Kekanda ada melihat wajah adinda semasa dalam salah satu siri bengkel bola sepak di Melaka hujung tahun 90an. Kekanda berada di atas pentas ketika itu, betapa hati kekanda berbisik :

"Ya Allah, mengapakah anak ini harus menanggung semua ini? Lihatlah wajahnya masih remaja dan mentah terpaksa berada di atas pentas membela ayahnya yang difitnah dan diaibkan, Ya Allah kukuhkan jiwa anak ini."

Itulah bisikan doa kekanda waktu itu. Alhamdulillah era reformasi hujung 90an membawa kekanda berada di atas pentas bola sepak sehingga kekanda memutuskan untuk bertanding di Piala DUN dengan pasukan perumahan tempat kekanda tinggal pada 1999.

Alhamdulillah juga kita diketemukan usai Piala DUN 2008 sebagai penyerang terbaik hingga kini. Anak 'remaja mentah' yang kekanda pernah doakan agar jiwanya cekal kini menjadi rakan seperjuangan kekanda yang kental, sama-sama melalui detik suka dan duka demi harga sebuah perjuangan, demi Malaysia Baru.

Kekanda amat menghargai persahabatan kita disimpulkan dengan satu cita-cita dan satu harapan yang mahu melihat pasukan sokongan kita berjaya.

Semoga Adinda istiqomah berjuang bersama Abang Mat

Adindaku,
Kekanda pernah bertanya pada sifu-sifu kekanda dalam kelab penyokong bola sepak. Anehnya sifu-sifu kekanda bukan semuanya dari mana-mana kelab tertentu tetapi sebahagian mereka hanya pemerhati yang mengamati sepanjang pengalaman hidupnya bagaimana potensi digilap dan potensi 'dimalap' serta menikmati keindahan bola sepak.

Hanya satu pesanan sifu-sifu ini:

"...dalam perjuangan tak boleh 'merajuk' dan kecil hati sebab musuh kita akan melihat itu satu kekalahan awal, mereka akan lebih berani ke hadapan hendak menjatuhkan kita".

Namun satu kata nasihat yang kekanda tak akan lupa dari seorang sifu kekanda yang telah pun meninggalkan dunia fana ini. Sifu dari Pulau Pinang ini memetik dari kata-kata semangat seorang pemimpin besar di Barat:

"Jangan salahkan musuh kamu kerana menjatuhkan kamu, salahkan diri kamu sendiri kenapa kamu enggan berdiri semula".

Kekanda pernah dijemput ke rumah seorang sifu satu ketika di Kelantan. Waktu itu kekanda berumur 30-an dan penuh semangat anak muda. Sifu ini yang sekian lama berdiam diri setelah pernah menjadi manusia yang digelar 'paling bekeng' dalam politik Kelantan.

Beliau jadi juara 'gedebe' setelah menewaskan dalam satu pergaduhan dengan 'ketua gangsta' paling digeruni, sejak itu gelaran kepada beliau sebagai tokoh gedebe tidak pernah dipertikai dan disangsikan. Dengan latarbelakang sifu ini, kekanda menjangkakan nasihatnya 'keras' dan 'tegas' namun kata nasihatnya penuh kesufian dan kelembutan. Katanya:

"Admin akan muncul jadi pemimpin page satu hari nanti, lagi tinggi Admin naik, mesti lebih kukuh asas tempat bertapak, jika tidak, pasti akan bergoyang di atas nanti, bina tapak dari sekarang pasti Admin akan memerlukannya".

Dua puluh tahun lebih berlalu, kenyataan kata-kata nasihat dari sifu paling 'gedebe' ini kanda ingin kongsikan dengan dinda dan Liverpool masih tidak menang liga. Sudilah apa kiranya adinda mendengarnya buat bekalan perjalanan panjang kita.

Jika di Arsenal Adinda bersama Mat Maslan, Di Manchester United Kekanda bersama Mat Sabu

Adinda Nurul Izzah,
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan adinda dalam menjadi penyokong bola sepak, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah 'Puteri Arsenal' milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia Baru.

Mereka perlukan 'puteri' mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi Arsenal di bawah Unai Emery. Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan 'Puteri Arsenal' masih utuh?

Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama sebelumnya menentukan nasib Arsenal Baru, kita perlu tentukannya bersama.

Janganlah berundur setelah beribu tapak perjalanan kita, jalan kita masih jauh, Arsenal Baru memerlukan adinda. Tetapi lebih molek Adinda menyertai Manchester United, Kekanda menjadi Putera Manchster United dan Adinda menjadi Puteri Manchster United.

Gabungan kita berdua melebarkan dan mengukuhkan sayap Manchester United di Malaysia. Namun kekanda menghormati pendirian Adinda yang mahu terus kekal sebagai Puteri Arsenal.

Mungkin jika Putera Manchster United dan Puteri Manchster United bergabung = Mengandung?

Kenderaan kami menghampiri Puncak Titiwangsa dan kekanda akan berhenti di sini dahulu untuk menikmati keindahan pemandangan dari kawasan tinggi di sini. Adios...Adidas...Puma...Nike...Joma...

Sekian,

Yang Benar,

Kekanda Putera Manchester United
(Perjalanan darat dari Tok Imam Lapar ke Ceruk Tok Kun)




Paparkan Komen