[Video] Tindakan Terpuji Guendhouzi & Iwobinho Menceriakan Peminat Arsenal

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

The Gunners kembali menduduki tangga ke-4 dalam Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester United seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Pemain antarabangsa Switzerland, Granit Xhaka meletakan Arsenal di hadapan seawal minit ke-12 menerusi rembatan jarak jauh yang berjaya menewaskan David De Gea.

Iwobinho dan Guendhouzi sporting melayan permintaan peminat Arsenal yang mahu merakam sepakan penalti Aubameyang.

Pada babak kedua, dikala Red Devils melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu The Gunners, Alexander Lacazette bijak memperdayakan pengadil perlawanan apabila menerima sepakan penalti selepas Fred menjatuhkan beliau dalam kotak penalti.

Penyerang paling membazir, Pierre-Emerick Aubameyang menebus kekecewaan dalam perlawanan menentang Spurs sebelum ini dengan menyempurnakn sepakan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan akhir 2-0.

Terdapat insiden menarik berlaku ketika Aubameyang ingin mengambil sepakan penalti yang melibatkan penyokong tuan rumah dan beberapa pemain Arsenal yang sedang memanaskan badan di tepi padang.

Seorang penyokong Arsenal ingin merakam saat Aubameyang mengambil sepakan penalti tetapi pandangannya terhalang dengan kelibat Alex Iwobi dan Mattheo Guendhouzi yang sedang memanaskan badan di tepi padang.

Masalah seperti ini biasanya dihadapi ketika zaman sekolah atau universiti dimana pandangan anda terhalang oleh seseorang yang tinggi gedabak duduk di hadapan anda.

Mujurlah buat peminat Arsenal terbabit kerana teriakan beliau dapat didengar Guendhouzi dan Iwobi.

Apabila menyedari tindakannya berdiri di tepi padang menghalang peminat Arsenal terbabit, kedua-dua pemain membaringkan badan supaya tidak menghalang penglihatan peminat yang berada di belakang.

Ia merupakan tindakan yang terpuji sangat terpuji dari Iwobinho dan Guendhouzi demi memenuhi permintaan peminat.




Paparkan Komen