United Paling Bertuah, Liverpool Pasukan Paling Tidak Bernasib Baik Musim Lepas

Izuddin oleh Izuddin 4 bulan yang lalu

Liverpool merupakan pasukan paling tidak bernasib baik dalam Liga Perdana Inggeris musim lepas menurut satu kajian yang dilakukan ESPN.

Kajian tersebut turut meletakkan Manchester United sebagai pasukan paling bernasib baik.

Kajian yang dikenali sebagai 'ESPN Luck Index' in merupakan satu projek usaha sama di antara 3 pihak iaitu ESPN, Intel dan pengkaji di Universiti of Bath.

Kesian Liverpool. Kalau bukan kesilapan pengadil, sudah tentu Manchester United berada di bawah buntut Liverpool musim lepas

Berdasarkan hasil kajian tersebut, Liverpool dianggap pasukan paling tidak bernasib baik kerana mereka telah dinafikan 12 mata atas beberapa faktor seperti keputusan pengadil yang salah dalam menidakkan jaringan gol Liverpool, selain keputusan mengenai penalti dan kad merah.

Berbeza pula bagi Manchester United dimana mereka memperolehi 6 mata hasil keputusan perlawanan yang berpihak kepada mereka.

Kajian ini menggunakan satu model yang membuat ramalan berdasarkan ratusan data set yang dikutip sepanjang musim, sambil dibantu bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Peter Walton.

Pasukan pengkaji telah menganalisa video rakaman dari semua perlawanan liga musim lepas untuk melihat kembali keputusan yang diberikan dalam situasi penting yang sepatutnya 'diterbalikkan'.

Manchester United mempunyai aura mereka tersendiri, sampai pengadil pon terpengaruh memberikan keputusan yang berpihak kepada mereka. 

Menurut index ini, Liverpool sepatutnya menamatkan kempen liga musim lepas di kedudukan ke-2, hanya 10 di belakang Manchester City. Nasib berbeza buat Manchester United kerana mereka sepatutnya menamatkan kempen di kedudukan ke-4.

Kajian ini juga menunjukkan pasukan yang sepatutnya mengalami relegasi ke Liga Championship. Jika keadilan ditegakkan, Stoke tidak akan terjerumus ke liga bawahan dan Huddersfield yang sepatutnya mengalami relegasi.

Stoke City kehilangan 4 mata hasil keputusan yang salah, yang mana ia sudah cukup untuk mengekalkan status mereka sebagai pasukan Liga Perdana Inggeris musim ini.

"ESPN Luck Index dikuasai dengan Intel melakukan analisa lebih 150 insiden sepanjang kempen liga musim lepas, dan menggunakan maklumat dari 'recent form, team strength, and home advantage'."

Carta Liga Perdana Inggeris 2017/2018 menurut ESPN Luck Index

"Selepas itu, kami melakukan simulasi beberapa ribu kali bagi satu perlawanan untuk menunjukkan keputusan sebenar perlawanan. Ini merupakan salah satu kajian yang paling terperinci pernah kami lakukan." Ujar pembantu profesor, Thomas Curran dari University of Bath.

Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Peter Walton berkata: "Kajian ini menunjukkan impak dan kepentingan keputusan pengadil  dalam menentukan keputusan perlawanan."

Masihkah anda ingat perlawanan pertama Chelsea, musim lepas ? Gary Cahill tidak sepatutnya dibuang padang dan Chelsea menang perlawanan tersebut jika Cahill kekal berada di dalam padang

"Dengan Liga Perdana Inggeris mengambil keputusan untuk tidak menggunakan VAR musim depan, menarik untuk kita saksikan bagaimana tuah memainkan peranan dalam menentukan perjalanan liga."




Paparkan Komen