Unai: Sambutlah Kemenangan Ini Dengan Penuh Hormat Sejahtera Dan Matang

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Pengurus Arsenal, Unai Emery menggesa peminat Arsenal supaya meraikan kemenangan ke atas Manchester United dengan penuh perasaan hormat selepas seorang peminat ditahan kerana menceroboh padang dan menolak Chris Smalling dalam perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium semalam.

The Gunners kembali menduduki tangga ke-4 dalam Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester United seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Alam maya sunyi sepi berikutan kekalahan Setan Merah kepada pasukan Meriam

Pemain antarabangsa Switzerland, Granit Xhaka meletakan Arsenal di hadapan seawal minit ke-12 menerusi rembatan jarak jauh yang berjaya menewaskan David De Gea.

De Gea dilihat seperti menyalahkan angin yang bertiup sebagai punca mengapa beliau gagal menepis bola percubaan Xhaka walhal bola tersebut tidak terkena mana-mana pemain atau entiti lain.

Manchester United sebenarnya mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada babak pertama. Romelu Lukaku gagal menyempurnakan peluang terhidang apabial rembatannya terkena palang manakala Fred juga mengalami nasib yang sama.

Pada babak kedua, dikala Red Devils melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu The Gunners, Alexander Lacazette bijak memperdayakan pengadil perlawanan apabila menerima sepakan penalti selepas Fred menjatuhkan beliau dalam kotak penalti.

Penyerang paling membazir, Pierre-Emerick Aubameyang menebus kekecewaan dalam perlawanan menentang Spurs sebelum ini dengan menyempurnakn sepakan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan akhir 2-0.

Mungkin beliau tidak berpuas hati denga gaya rambut Smalling yang menjengkelkan

Ketika Aubameyang dan rakan-rakan yang lain meraikan gol ke-2 Arsenal, kelihatan kelibat seorang peminat tuan rumah menceroboh padang lalu menghampiri pemain pertahanan United, Chris Smalling.

Pegawai stadium cepat bertindak untuk menangkap penceroboh terbabit dan peminat tersebut dilaporkan telah ditahan atas kesalahan tersebut.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Emery telah ditanya mengenai insiden tersebut yang telah mencemarkan kemenangan Arsenal.

"Saya tidak mahu ia berlaku. Ia bukan di bawah kawalan saya. Tetapi hari ini kami gembira dengan sokongan yang diberikan kepada pasukan. Saya rasa peminat banyak membantu kami pada hari ini. Tetapi peminat juga perlu memberikan sokongan dengan penuh hormat."

Dengan kemenangan tersebut, Arsenal kembali merampas tangga ke-4 dari Setan Merah dan kini hanya ketinggalan 1 mata di belakang musuh tradisi, Tottenham Hotspurs. Ia juga merupakan kemenangan ke-9 berturut-turut Arsenal di gelanggang sendiri.

Peminat Arsenal dilaporkan telah ditahan

"Saya sangat bangga dengan sokongan dari peminat Arsenal. Mereka 'menolak' kami untuk mencari kemenangan dan ini merupakan kemenangan yang bermakna. Peminat telah mencipta suasana yang sangat hebat untuk pemain kami."

"United berada dalam mood terbaik selepas mencipta keputusan hebat menentang PSG tetapi kami berjaya menampilkan persembahan yang hebat dan kami juga berada dalam prestasi terbaik dalam Liga Perdana Inggeris."




Paparkan Komen