UFC: Khabib Ugut Tinggalkan UFC, Dakwa Terima Tawaran Untuk Menyertai WWE

Izuddin oleh Izuddin 1 tahun yang lalu

Juara UFC 'Lightweight', Khabib Nurmagomedov mengugut untuk meninggalkan Ultimate Fighting Championship (UFC) sekiranya organisasi tersebut meneruskan niat mereka untuk memecat rakan baiknya, Zubaira Tukhugov.

Tukhugov merupakan individu berbaju hitam yang memanjat pagar Octagon untuk menyerang Conor McGregor ketika kekecohan yang meletus selepas tamat pertarungan Khabib dan McGregor.

Khabib mahu UFC membatalkan niat mereka untuk memecat Tukhugov atau berdepan risiko kehilangan beliau

Dua individu dirakam menyerang McGregor di dalam gelanggang ketika Khabib bergelut dengan pasukan keselamatan di luar gelanggang. Tukhugov menyerang McGregor dari belakang dan sempat melepaskan dua tumbukan yang tepat singgah di kepala petarung dari Republik Ireland itu.

Seperti diketahui ramai, kekecohan tersebut meletus kerana tindakan Khabib yang melompat keluar dari Octagon dan menyerang rakan sparring McGregor, Dilion Danis.

3 individu ditahan selepas kejadian tersebut, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian kerana McGregor enggan membuat sebarang dakwaan.

Dalam sidang media selepas tamat UFC 229, Khabib memohon maaf atas perbuatannya itu tetapi beliau mendakwa komen yang dikeluarkan McGregor sebelum ini merupakan punca utama mengapa beliau berbuat demikian. McGregor didakwa menghina agama, negara, dan ayah Khabib sepanjang sidang media menjelang UFC 229.

Zubaira Tukhugov dijadualkan bertarung dengan Artem Lobov pada 27 Oktover ini tetapi UFC telah membatalkan pertarungan tersebut.

Tukhugov boleh mengucapakan selamat tinggal kepada karier UFC beliau jika dilihat pada kenyataan yang keluar dari mulut presiden UFC, Dana White berhubung kejadian tersebut.

"Individu yang memanjat pagar tadi, tidak akan bertarung lagi dalam UFC.

"Saya berusaha keras untuk mempromosikan sukan ini. Ini bukan UFC yang sepatutnya anda lihat."

Namun begitu, Khabib memberi amaran kepada UFC supaya tidak menghukum Tukhugov atas kejadian tersebut dan mengugut untuk meninggalkan UFC jika White meneruskan niatnya.

View this post on Instagram

I would like to address @ufc Why didn't you fire anyone when their team attacked the bus and injured a couple of people? They could have killed someone there, why no one says anything about insulting my homeland, religion, nation, family? Why do you have to punish my team, when both teams fought. If you say that I started it, then I do not agree, I finished what he had started. In any case, punish me, @zubairatukhugov has nothing to do with that. If you think that I’ll keep silent then you are mistaken. You canceled Zubaira’s fight and you want to dismiss him just because he hit Conor. But don’t forget that it was Conor who had hit my another Brother FIRST, just check the video. if you decide to fire him, you should know that you’ll lose me too. We never give up on our brothers in Russia and I will go to the end for my Brother. If you still decide to fire him, don’t forget to send me my broken contract, otherwise I'll break it myself. And one more thing, you can keep my money that you are withholding. You are pretty busy with that, I hope it won’t get stuck in your throat. We have defended our honor and this is the most important thing. We intend to go to the end. #Brothers

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

"Kenapa kamu [Dana White] tidak memecat mana-mana individu ketika serangan terhadap bas dan mencederakan dua individu ? Mereka mungkin membunuh seseorang ketika kejadian. Mengapa tiada pihak yang bercakap mengenai penghinaan terhadap tanah air, agama, negara dan keluarga saya ?"

"Kenapa kamu hanya mahu menghukum pasukan saya sahaja walapun ia merupakan pergaduhan antara dua pasukan ? Jika anda mendakwa saya yang memulakan pergaduhan tersebut, saya tidak bersetuju dengan pandangan itu. Saya hanya menghabiskan apa yang mereka mulakan dulu."

"Dalam apa jua kes, hukum saya seorang sahaja. Zubaira Tukhugov tidak mempunyai sebarang kaitan dalam isu ini."

"Jika anda fikir saya hanya akan senyap dalam isu ini, anda salah. Anda baru sahaja membatalkan pertarungan Tukhugov atas sebab beliau memukul Conor. Tetapi jangan lupa, Conor dulu yang memukul rakan saya ketika kejadian. Anda boleh tonton video itu balik."

Khabib tidak berpuas hati dengan double standard UFC dalam isu pergaduhan beliau dengan McGregor

"Jika anda bercadang untuk memecat Tukhugov, anda harus tahu yang anda juga bakal kehilangan saya. Kami tidak akan sekali-kali meninggalkan rakan kami di Russia, dan saya akan berjuang sehingga pengakhiran untuk rakan saya."

"Jika anda masih lagi mahu memecat Tukhugov, jangan lupa untuk menghantar kontrak saya yang sudah dikoyak. Jika tidak, saya sendiri yang akan melakukannya."

Jika benar UFC mahu meneruskan niat mereka untuk menghukum Tukhugov, Khabib boleh menarik nafas lega kerana WWE bersedia untuk menerimanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada Khabib benar-benar serius dengan tawaran WWE, tetapi organisasi tersebut mempunyai polisi untuk menerima bintang sukan ternama dari pelbagai latar belakang seperti yang berlaku kepada Ronda Rousey dan Brock Lesnar.



Paparkan Komen