[UFC] Justin Bieber Cabar Tom Cruise Bertarung Dalam Gelanggang MMA

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Ini bukan gurauan, tuan-tuan. Ini adalah berita yang benar dan serius.

Penyanyi lelaki tersohor dunia yang terkenal dengan lagu 'Baby' suatu ketika dahulu, Justin Bieber mencabar Tom Cruise untuk bertarung di dalam gelanggang octagon dengan menggunakan peraturan Mixed Martial Arts (MMA).

Takde ribut, takde hujan. Tiba-tiba ajak gocoh. Kuat sangat ke Bieber ni ? Dah la ajak lawan orang tua

Cabaran itu dibuat melalui akuan Twitter miliknya @justinbieber, pada awal pagi Isnin.

Dalam Tweetnya itu, Bieber turut menyebut nama Dana White yang merupakan Presiden UFC.

"Saya ingin mencabar Tom Cruise untuk bertarung di dalam Octagon. Tom, jika anda tidak mahu bertarung, anda takut dan akan menyesal. Siapa yang sanggup anjurkan pertarungan ini? @danawhite?" tulis Bieber di akuan Twitternya.

Berikutan tweet tersebut, petarung UFC terkenal dunia, Connor McGregor menyatakan kesediannya untuk menganjurkan pertarungan tersebut.

"Kalau Tom Cruise ni anak jantan, McGregor Sports & Entertainment bersedia menganjurkan pertarungan tersebut. Adakah Cruise berani untuk bertarung seperti yang beliau lakukan dalam filem ? Tunggu dan lihat," kata McGregor.

Bukan itu sahaja, dalam Tweet yang berasingan, McGregor sempat mencabar seorang lagi pelakon Hollywood iaitu Mark Wahlberg untuk bertarung dengannya.

"Saya mencabar Mark Wahlberg untuk bertarung pada acara yang sama. Ketika Mark Wahlberg masih Marky Mark, saya tetap akan menamparnya dan mengambil semula saham UFC saya," tambah McGregor lagi.

Sebagai rekod, Wahlberg adalah antara pemegang saham minoriti dalam syarikat UFC. Dan ini juga bukan kali pertama McGregor mengajak Wahlberg bertarung di dalam gelanggang UFC.

Semuanya bermula apabila Wahlberg pada November 2016 pernah menawarkan saham UFC miliknya kepada McGregor. Namun, pada Jun 2018 apabila ditanya semula, Wahlberg menarik balik tawaran tersbut.

Antara selebriti lain yang juga pemegang saham minoriti UFC adalah seperti Conan O'Brien, Ben Affleck, Jimmy Kimmel, LL Cool J, Sylvester Stallone dan Adam Levine.

Adakah anda ingin melihat Bieber bertarung dengan Cruise? Dan McGregor pula berdepan Wahlberg?




Paparkan Komen