UEFA Sahkan Jumlah Pasukan Yang Layak Untuk Beraksi Di Liga Juara -Juara Bagi Kelab Liga Perdana Inggeris

Izuddin oleh Izuddin 5 bulan yang lalu

UEFA dalam satu kenyataan rasmi yang baru sahaja dikeluarkan mengesahkan kesemua kelab yang menduduki empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris layak untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, walaupun jika Liverpool memenangi kejohanan tersebut musim ini dan menamatkan musim di kedudukan ke-5 liga.

Chelsea muncul juara Eropah buat kali pertama pada tahun 2012 tetapi hanya sekadar menduduki tangga ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris ketika itu. Kejayaan Chelsea menyebabkan penghuni tangga ke-4 liga musim tersebut, Tottenham Hotspurs diketepikan dari menerima slot untuk bermain di Liga Juara-Juara pada musim berikutnya.

Adakah sejarah 2005 bakal berulang ?

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh badan bolasepak Eropah, UEFA telah mengesahkan bilangan kelab dari England yang layak untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan sekaligus menghilangkan keresahan pasukan yang bakal menduduki tangga ke-4 musim ini.

"Pemenang Liga Juara-Juara Eropah terjamin tempat mereka untuk bermain di peringkat kumpulan walaupun mereka gagal melayakkan diri untuk bermain di kejohanan tersebut secara merit melalui saingan liga domestik."

"Slot pemenang Liga Juara-Juara tidak menjejaskan slot asal yang diterima negara tersebut. Dalam kes yang melibatkan Liverpool pula, sekiranya mereka berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan tidak layak untuk beraksi di kejohanan tersebut melalui pertandingan domestik, FA England bakal diwakili 5 buah kelab dalam Liga Juara-Juara bagi musim berikutnya."

Liverpool tidak perlu risau dengan slot UCL kerana mereka akan menewaskan Real Madrid hujung bulan nanti

"Pasukan tersebut adalah juara bertahan Liga Juara-Juara, juara pertandingan domestik, kelab yang menduduki tempat ke-2, tempat ke-3, dan juga tempat ke-4."

UEFA memperkenalkan peraturan ini pada tahun 2005 selepas Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah tetapi sekadar menamatkan musim di kedudukan ke-5 dalam Liga Perdana Inggeris. Everton menduduki tangga ke-4 ketika itu tetapi gagal melayakkan diri ke peringkat kumpulan selepas tumpas di tangan Villareal dalam pusingan kelayakan.

Liverpool perlu mencatatkan kemenangan ke atas Brighton hujung minggu ini dalam pertemuan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini bagi mengesahkan tempat mereka ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Spurs gembira dengan pengumuman UEFA mengenai slot pasukan EPL beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan

Walaubagaimanapun, Liverpool mungkin perlu melupakan hasrat mereka untuk menamatkan musim di kedudukan ke-3 kerana Spurs berpeluang memintas mereka sekiranya Spurs berjaya memenangi baki dua perlawanan terakhir mereka.




Paparkan Komen