World Cup 2018 Semi Final : France 1-0 Belgium

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi ini hampir menemui siapa juara terulung. Perlawanan pembukaan separuh akhir Piala Dunia 2018 menemukan dua pasukan dari benua Eropah iaitu Belgium dan Perancis.

Perlawanan pagi ini merupakan pertemua ke-74 kedua-dua pasukan ini dalam semua kejohanan. Rekod pertemuan lampau jelas berpihak kepada Belgium walaupun tidak dipisahkan dengan jurang yang besar ini rekod pertemuan mereka :

Perancis - Menang 24, seri 19 dan 31 kalah
Belgium - Menang 30 , seri 19 dan 25 kalah
Jumlah Pertemuan - 74 perlawanan

Ini merupakan pertemuan kompetitif pertama antara Belgium dan Perancis sejak Piala Dunia 1986 di mana Perancis menang 4-2 di penentuan tempat ketiga dan keempat. 75 pertemuan yang berlaku ini adalah lebih kepada perlawanan persahabatan.

Dalam pertemuan di Piala Dunia hanya dua kali Perancis dan Belgium bertembung dan kedua-dua perlawanan telah di menangi oleh Perancis. Rekod yang tidak cemerlang Beligum di Piala Dunia bertemu Perancis.

Piala Dunia 1938 - Perancis 3-1 Belgium
Piala Dunia 1986 - Perancis 4-2 Belgium

Kali terakhir Belgium dan Perancis bertemu adalah dalam perlawanan persahabatan di Paris pada tahun 2015. Belgium berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perancis 4-3.

Ini merupakan penampilan kali kedua Belgium di separuh akhir Piala Dunia selepas kali terakhir layak pada Piala Dunia 1986. Namun Belgium tewas dikaki Maradona dan Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 1986.

World Cup 2018 Semi Final : Belgium vs France

Seawal sepak mula Perancis mula menguji benteng Belgium namun bola tenang dikeluarkan pertahanan Belgium.

Sedari itu Belgium mula melancarkan serangan dengan beberapa percubaan yang agak sedap.

Perancis juga bukan calang anak, sesekali melancarkan serangan namun berjaya dikeluarkan.

Lorongan cantik Paul Pogba berjaya dikejar Kylian Mbappe dengan kelajuan kilat namun Thibaut Courtois berjaya membaca bola dengan keluar lebih awal.

Pada minit ke-16 hantaran Kevin De Bryune berjaya mencari Eden Hazard yang tidak dikawal namun rembatan Hazard sekaki menjauhi tiang gol.

Kemudian rembatan padu Matuidi dari luar kotak penalti selesa ditangkap oleh Courtois.

Hazard sekali lagi datang ibarat Tora datang lagi dengan rembatan padu tetapi berjaya dikeluar pertahanan Perancis.

Dari sepakan penjuru peluang terbaik Belgium hadir dari sepakan percuma. Rembatan kencang Toby Alderweireld berjaya ditepis Hugo Lloris dengan terbangan regangan badan yang maksimum.

Eden Hazars terus berleluasa namun tiada lagi gol terhasil. Giroud menanduk dari sepakan percuma tetapi tersasar.

Setengah jam perlawanan berlalu, Belgium lebih mengancam dan menguasai perlawanan manakala Perancis pula tetap menghadirkan ancaman.

Lorongan cantik lagi menawan berbanding Mira Filzah dari Mbappe dirembat kencang Pavard berjaya dihadang kaki Courois dan itulah peluang terbaik Perancis.

Maka tamatlah separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan dengan permainan yang menghiburkan.

Separuh masa kedua bersambung, Belgium terus menyerang mencari gol pendahuluan namun tidak ketemui.

Giroud terus mendapat peluang namun tertampan kaki pemain Belgium. Berpunca dari sepakan penjuru inilah Perancis mendahului.

Samuel Umtiti melonjak secukup rasa mengatasi Marouane Fellaini untuk menanduk masuk bola menewaskan Courtois untuk gol pembukaan pada minit ke-51.

Fellaini hampir menyamakan kedudukan melalui satu sundulan tetapi bola hanya lalu di bahagian luar tiang gol.

Belgium terus menekan, mengasak dan mencuba memcari gol penyamaan hingga minit ke-85 masih tiada jaringan penyamaan.

Perancis tenang dan kental bertahan menahan asakan membuatkan Belgium mati kutu dan Lukaku terus holanh ditelan arus masa.

Dalam masa tambahan serangan Belgium mula mengendur dan Perancis hampir menambah jaringan namun dua percubaan sedap diselamatkan Courtois.

Masa ditunggu Perancis telah tiba apabila pengadil meniup wisel penamat. Perlawanan separuh akhir yang tidak menghiburkan.

Akhirnya Perancis berjaya ke perlawanan akhir buat kali ke-3 dalam tempoh 20 tahun. Kali terakhir Perancis mara ke final pada 2006 dan kalah kepada Italy.

Bagaimana agaknya Thierry Henry meraikan kejayaan Perancis bersama pasukan Belgium?

Sesungguhnya Perancis tahu cara bermain untuk menang tanpa perlu bermain cantik.

France (4-2-3-1): Hugo Lloris (capt); Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; Paul Pogba, N'Golo Kante; Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Blaise Matuidi; Olivier Giroud.

Coach: Didier Deschamps (FRA)

Belgium (3-4-3): Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Vincent Kompany, Jan Vertonghen; Mousa Dembele, Marouane Fellaini, Axel Witsel, Nacer Chadli; Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Eden Hazard (capt).

Coach: Roberto Martinez (ESP)

Pengadil : Andres Cunha (URU)




Paparkan Komen