World Cup 2018 Semi Final : Croatia 2-1 England

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Perlawanan kedua separuh akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia akan menemui siapa bakal finalis edisi ini selepas Perancis telah berjaya menembah slot perlawanan akhir dengan menumbangkan Belgium dengan satu jaringan je.

Croatia atau England bakal ke final? Kedua-dua pasukan ini telah menunggu dengan sabar bagi mendapat peluang ke peringkat ini selepas mengalami kempen yang mengecewakan dalam Piala Dunia yang lalu sejak kali terakhir mereka menjadi 4 terbaik.

Kali terakhir Croatia layak ke separuh akhir adalah pada Piala Dunia 1998 di mana mereka gagal ke separuh akhir selepas tewas kepada tuan rumah, Perancis yang juga merupakan juara pada Piala Dunia 20 tahun lalu.

England perlu menunggu lebih lama sehingga 28 tahun untuk kembali mara ke separuh akhir. Kali terakhir England ke separuh akhir pada Piala Dunia 1990 yang berlangsung di Italy juga gagal mara ke final.

Ini merupakan pertemuan kelapan antara England dan Croatia di mana England menang 4 perlawanan, seri satu dan dua dimenangi oleh Croatia. Enam dari perlawanan ini juga telah berlangsung pada hari rabu(waktu sana).

England : Menang 4, seri 1 dan 2 kalah
Croatia : Menang 2, seri 1 dan 4 kalah
Jumlah Pertemuan : 7 perlawanan

England dan Croatia hanya bertemu sekali dalam kejohanan besar iaitu pada Euo 2004 di peringkat kumpulan di mana England mudah melaukkan Croatia 4-2 sambil tersenyum. Croatia dan England merupakan pasukan bawah anjing yang cemerlang kali ini.

Ini merupakan separuh akhir ketiga England pada Piala Dunia :

Piala Dunia 1966 : Menang 2-1 ke atas Portugal dan muncul juara buat kali pertama dan terakhir.
Piala Dunia 1990 : Tewas kepada Jerman
Piala Dunia 2018 : Menewaskan Croatia 3-1 dan muncul juara Piala Dunia buat kali kedua.

Croatia mempunyai 8 penjaring berbeza yang menjaringkan gol di Piala Dunia 2019. Hanya Belgium mempunyai penjaring berbeza terbanyak dengan 9 orang pemain.

Pada tahun 1991, Croatia, Macedonia dan Slovenia menyistiharkan kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan diikuti oleh Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 dan sekaligus memulakan perang Balkan di mana askar Serbia dan Croatia menyerang Bosnia.

Croatia merupakan negara baru dalam dunia bola sepak selepas keluar dari Yugoslavia dan selepas 7 tahun mereka berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 1998.

Dalam tempoh 27 tahun kewujudan, Croatia telah berjaya melahirkan pemain yang berstatus bintang dan bertarag dunia yang sedang menempa nama sebagai negara kuasa bola sepak.

Negara kau dah berapa tahun wujud?

England tidak pernah menewaskan dua negara Eropah dalam satu edisi Piala Dunia sejak 1982. Kali terakhir mereka lakukan dengan menewaskan Czechoslovakia dan Perancis.

Jika ikutkan sejarah England akan tewas kerana mereka telah tewaskan Sweden.

World Cup 2018 Semi Final : Croatia 2-1 England

England mula mengasak seawal minit pertama dan menggila untuk membawa Piala Dunia ke tanah air.

Pada minit ke-4, Deli Alli tidak memberi pilihan kepada Luca Modric dan terpaksa melakukan bentesan diluar kotak penalti.

Maka sepakan percuma diberikan oleh pengadil tanpa rasa melekit dan bergaya lagi yakin dan sudah tentu tanpa was-was.

Kieran Trippier mengambil tanggungjawab untuk melakukan sepakan. Sebagai lelaki yang amanah Trippier menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.

Tanpa ragu-ragu Trippier cantik meletakkan bola ke gawang dengan sedikit lencongan yang berbaur it's coming home.

Minit ke-6 England sudah dihadapan. Croatia mula melancarkan gerakan bagi mencari gol penyamaan.

England bukan Perancis yang suka bertahan lalu mengecewakan peminat berjaga sehingga dua pagi bagi menyaksikan perlawanan yang membosankan.

Harry Kane dua kali terperangkap offside satu bola ke jaring satu lagi membantai tiang. Mujur offside kalau tidak boleh dinobat sebagai 'missed of the tournament'.

Jesse Lingard mensia-siakan peluang apabila merembat jauh dari gawang. Mabuk ketum.

Croatia terus mencari gol penyamaan, banyak rembatan luar kotak penalti dilepas. Peluang terbaik mereka banyak dinafikan Jordan Pickford.

Croatia masih gagal menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bersambung, England mula memperlahankan sedikit permainan tadi tidak bermakna England tidak menyerang.

Croatia mula tenang dalam mengatur gerak dan tidak tergesa-gesa seperti Encik Jimie dalam merencanakan serangan namun matlamat tetap sama mahukan gol.

Memasuki minit ke-65 Croatia masih gagal memecahkan benteng England dan Tiga Singa sesekali menyerang bagi menambah gol namun kempunan.

Raheem Sterling masih bangang seperti separuh masa pertama dan seperti perlawanan-perlawanan lalu. Unlimited bangang.

Ketenangan dan kesabaran Croatia akhirnya terbalas apabila Ivan Perisic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Sime Vrsaljko cantik menghantar bola ke kotak penalti lalu Ivan Perisic menyambar dengan tendangan ala kung fu persis Zlatan Ibrahimovic.

Kemudian Perisic berjaya lolos lagi melepaskan rembatan menewaskan Pickford namun bola menghentam tiang dan melantun ke Ante Rebic.

Rebic melepaskan rembatan namun kemas ke dakapan Pickford. Croatia terus menggila dan menekan.

Perlawanan kembali rancak dan sedap. Lingard mencuba namun bola sekadar lalu dihadapan gawang. England kembali menekan.

England hilang ketenangan maka entah apa-apa gerakan dan serangan yang cuba dilakukan. Merah di muka Pickford masih belum hilang.

Perlawnana berbaki 10 minit permainan kembali bosan. England mendapat sepakan percuma lagi namun tiada hasil.

Perlawanan dengan masa kecederaan telah tamat dengan jayanya makanya perlawanan di bawa ke masa tambahan. Maka tersadai lagi sejam di kedai mamak.

England dan Croatia gagal menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit.

Peluang terbaik England hadir pada minit ke-98 apabila tandukan John Stones berjaya menewaskan penjaga gol Croatia namun berjaya ditanduk keluar Sime Vrsaljko.

Akhirnya gol yang dicari-cari gol yang ditunggu-tunggu gol yang dinanti-nanti hadir. Kalau jadi katakan jadi tidak aku ternanti-nanti.

Mario Mandzukic tenang meloloskan diri dan merembat menewaskan Jordan Pickford. Maka kembali merah muka penjaga gol England itu.

Berpunca dari tandukan Ivan Perisic berjaya dihidu Mandzukic yang membuat larian yang bijak dan meletakkan bola ke dalam gawang.

England mula tidak keruan tekanan jelas kelihatan di muka pemain Tiga Singa. Croatia tenang menanti wisel penamat.

England mendapat sepakan percuma di minit yang hampir mati namun sepakan percuma Rashford mudah dikeluarkan Croatia.

Maka masa dinanti Croatia telah tiba pengadil meniupkan wisel penamat dan sejarah telah tercipta pada jam 4.37 pagi waktu Malaysia.

Croatia mara ke perlawanan akhir buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara mereka.

England tidak pernah menewaskan dua negara Eropah dalam satu edisi Piala Dunia sejak 1982. Kali terakhir mereka lakukan dengan menewaskan Czechoslovakia dan Perancis.

Maka benarlah apa yang dinyanyikan oleh New Boyz sejarah mungkin berulang dan kini sejarah telah berulang buat England.

Croatia (4-3-3):
Danijel Subasic; Sime Vrsaljko, Dejan Lovren, Domagoj Vida, Ivan Strinic; Luka Modric (capt), Marcelo Brozovic, Ivan Rakitic; Ante Rebic, Mario Mandzukic, Ivan Perisic.

Coach:
Zlatko Dalic (CRO)

England (3-5-2):
Jordan Pickford; Kyle Walker, John Stones, Harry Maguire; Kieran Trippier, Jesse Lingard, Jordan Henderson, Dele Alli, Ashley Young; Raheem Sterling, Harry Kane (capt).

Coach:
Gareth Southgate (ENG)

Referee:
Cuneyt Cakir (TUR)




Paparkan Komen