UEFA Nations League Final : Portugal 1-0 Belanda

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Portugal terus mendominasi pentas Eropah apabila meneruskan kecemerlangan dengan menumpaskan Belanda 1 gol untuk muncul juara edisi sulung kejohanan UEFA Nation League.

Cristiano Ronaldo turun sebagai ketua pasukan memimpin Portugal menyaksikan begitu dominan pada separuh masa pertama terutamanya aksi dari Bruno Fernandes dan Bernardo Silva.

Virgil van Dijk dan Matthijs de Ligt yang kini berada dalam senarai pemain pertahanan terbaik dunia kental dan keras dibelakang menyerap asakan Ronaldo, Silva, Fernandes dan rakan-rakan.

Goncalo Guedes akhirnya memecahkan kebuntuan selepas sejam permainan dengan rembatan yang sangat padu menyaksikan pergelangan tangan Jasper Cillessen yang lemah gagal mengeluarkan bola.

Anak buah Ronald Koemans kelihatan sangat bergelut untuk melancarkan serangan dan mati kutu di kotak penalti lawan yang nyata lebih stabil sebagai sebuah pasukan.

Tiada apa yang dikesalkan Belanda yang
muncul kembali selepas hilang dalam dua kejohanan utama iaitu Piala Dunia 2018 dan EURO 2016. Agak pantas Belanda bangkit.

Portugal: Patrício, Semedo, Fonte, Dias, Guerreiro, Fernandes (Moutinho), Danilo, Carvalho, Silva, Ronaldo, Guedes (Silva)

Unused substitutes: Cancelo, Sousa, Jota, Malheiro de Sá, Neves, Rui, Fernandes, Beto, Felix

Holland: Cillessen, Dumfries, de Ligt, van Dijk, Blind, de Roon (de Jong), de Jong, Wijnaldum, Bergwijn (van der Beek), Depay, Babel (Promes)

Unused substitutes: Hateboer, Aké, Pröpper, van Aanholt, Vermeer, de Vrij, Strootman, Vilhena, Bizot




Paparkan Komen