Trippier Meletakkan England Dihadapan Melalui Satu Sepakan Percuma Cantik

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

England mula mengasak seawal minit pertama dan menggila untuk membawa Piala Dunia ke tanah air.

Pada minit ke-4, Deli Alli tidak memberi pilihan kepada Luca Modric dan terpaksa melakukan bentesan diluar kotak penalti.

Maka sepakan percuma diberikan oleh pengadil tanpa rasa melekit dan bergaya lagi yakin dan sudah tentu tanpa was-was.

Kieran Trippier mengambil tanggungjawab untuk melakukan sepakan. Sebagai lelaki yang amanah Trippier menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.

Tanpa ragu-ragu Trippier cantik meletakkan bola ke gawang dengan sedikit lencongan yang berbaur it's coming home.

Minit ke-6 England sudah dihadapan. Croatia mula melancarkan gerakan bagi mencari gol penyamaan.

Tamat separuh masa pertama England mendahului satu gol kosong.




Paparkan Komen