Takefusa Kubo Cetus Fenomena Lagi

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pemain muda Jepun Takefusa Kubo yang berusia 18 tahun yang menyertai Real Madrid telah mencetuskan fenomena apabila membuatkan rakan sepasukannya kelihatan seperti pemain amatur.

Takefusa Kubo yang mendapat jolokan Messi Jepun menjadi fenomena apabila video kompilasi aksinya yang menjalai latihan dimuat naik di atas talian.

Pasukan Gergasi Sepanyol itu telah mengikat Kubo dengan ikatan sah selama lima tahun dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £1.78 juta.

Kubo dilihat tiada bermasalah untuk terus mendapat tempat bersama Real Madrid Castilla apabila musim baharu bermula.

Dengan aksi yang menarik perhatian dan meyakinkan pegawai kejurulatihan ketika latihan mungkin Kubo akan diberi peluang oleh Zinedine Zidane untuk beraksi bersama pasukan utama dengan lebih cepat.

Media antarabangsa pula banyak mengwar-warkan bahawa Kubo akan mendapat tempat dihati Zidane namun itu semua tidak terjadi apabila Kubo dipinjamkan ke Mollorca yang baru kembali ke La Liga.

Ini semua gara-gara kerana peraturan yang berkaitan jumlah pemain asing yang boleh digunakan oleh Real Madrid, maka Zidane membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Kubo.

Bagi tidak mensia-siakan bakat yang ada pada kubo, beliau dipinjamkan ke Mollarca untuk mendapat minit perlawanan yang cukup.

Kubo membuat permulaan yang perlawanan bersama Mallorca dan jika dilihat kepada umur Kubo yang masih muda rasanya tidaklah terlalu perlahan.

https://www.youtube.com/watch?v=R3n-A8tblbM

Pemain Jepun itu diberi peluang melakukan debut pada awal bulan ini dengan masuk dari bangku simpanan ketika permainan berbaki 15 minit yang menyaksikan Mallorca tewas 2-1 kepada Valencia.

Kemudian kepercayaan terus diberikan kepada Kubo ketika permainan berbaki kurang 30 minit dan kedudukan terikat 0-0 dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao , pengurus Mallorca, Vincent Moreno memasukkan Kubo.

Kubo hampir saja mencipta detik ajaib dalam debutnya ditempat sendiri. Selepas 15 minit dipadang Kubo telah menggelecek pertahanan lawan lalu dijatuhkan lalu dihadiahkan sepakan penalti.

Tapi sayang Abdón Prats membazirkan peluang untuk menang apabila gagal menjaringkan sepakan penalti dan terpaksa berpuasa hati dengan satu mata.

Satu prestasi yang meyakinkan daripada Kubo yang kelihatan sangat bahaya di depan dan mungkin akan mendapat tempat dikesebelasan utama.

Lebih menarik, Kubo telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan walaupun hanya beraksi selama 27 minit sahaja. Padu.




Paparkan Komen