Sungguh Jahat Gol Neymar Membuatkan Semua Terpaku

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Brazil mudah menewaskan Austria 3-0 dalam persediaan mereka menghadapi Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Neymar yang kembali dari kecederaan terus mempamerkan aksi yang meyakinkan lagi menawan dengan jaringan gol yang begitu jahat.

Ada berpendapat gol seperti ini patut diharamkan kerana memalukan lawan. Sangat hiperbola komen ini.

Dengan jaringan ini Neymar telah menjaringkan 55 gol untuk Brazil sekalis menyamai rekod yang dilakukan Romario.

Hanya Pele dan Ronaldo Orignal sahaja yang berada diatas Neymar. Dengan usia sekarang tidak mustahil Neymar mampu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil.

Lihatlah kehebatan dan kenikmatan gol jaringan Neymar.

https://www.youtube.com/watch?v=Roo8W4FE9w8

Agak nikmat jika dihayati dari video yang dirakamkan oleh penyokong ini.

Neymar Skins His Man

Neymar has no chill 😳🔥(🎥 IG/brencl0)

Posted by Dugout on Sunday, 10 June 2018

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil

1. Pele - 77 gol
2. Ronaldo - 62
3. Neymar - 55
4. Romario - 55
5. Zico - 48
6. Bebeto - 39




Paparkan Komen