Seramai 750,000 Orang Hadiri Perarakan Trofi Champions League Liverpool

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Sejarah dicipta dan dilebarkan lagi oleh Liverpool apabila menjuarai kejohanan paling agung di Eropah, UEFA Champions League buat kali ke-6 dalam sejarah kelab.

Kejayaan ini menjadikan mereka sebagai pasukan Inggeris paling berjaya diperingkat Eropah sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan The Kops sebagai pasukan elit.

Tottenham Hotspur mudah ditewaskan Liverpool dengan dua gol tak mampu dibalas dalam perlawanan yang dilabel sebagai final paling membosankan.

Pihak bandaran juga telah bersedia dengan mengumumkan lebih awal laluan yang bakal ditutup untuk perakakan ini jika Liverpool muncul juara.

Dan itulah yang terjadi, Liverpool power muncul juara.

Para wira pasukan Liverpool telah tiba di lapangan terbang John Lennon pada tengahari bagi mengahdiri majlis perarakan trofi yang juga dipanggil Liverpool Parade di sebelah petang.

Polis Merseyside telah mengumumkan bahawa perarakan ini telah dihadiri oleh lebin 750,000 orang untuk turut sama meraikan detik penuh bersejarah ini.

Kemeriahan yang tiada tolak banding dan menukar seluruh bandar Liverpool menjadi lautan merah merang.

Berdiri bulu roma melihat suasana ini tanpa perlu kau menjadi seorang penyokong Liverpool.

Liputan penuh perarakan.




Paparkan Komen