Sepakan Percuma Super Genius Thiago, Disudahkan Muller

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League telah berlalu dan sisulami dengan beberapa insiden, drama dan kekalahan mengejut(Liverpool la tu) pilihan disertakan dengan aksi kebangkitan yang menarik.

Bayer Munich melepasi perlawanan pertama tanpa sebarang insiden melibatkan VAR atau penalti namun Bayern Munich telah mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol dari gerakan sepakan percuma yang sangat genius.

Menentang Red Star Belgrade tidak menjadi masalah buat gergasi Jerman itu untuk mencatatkan kemenangan 3 gol tanpa balas di Allianz Arena menepati jangkaan semua.

Kingsley Coman membuka jaringan selepas menyempurnakan hantaran Ivan Perisic sebelum Robert Lewandowski menggandakan kedudukan untuk gol ke-200 beliau bersama Bayern Munich.

Thomas Muller menjaringkan gol ketiga dan gol ini terhasil dari sepakan percuma yang super genius daripada Thiago Alcantara yang akan menjadi bualan sepanjang tahun.

Thiago Alcantara dengan bijak sekali melambungkan bola apabila menyedari Thomas Muller menyelinap diantara pemain pertahanan Red Star Belgrade.

Sangat menjadi dan bersahaja lakonan Thiago yang berbual-bual dengan Lewandowski dan memanggil Joshua Kimmich supaya berdiri dihadapan beliau.

Sambil itu Thiago menoleh ke depan dan kebelakang beberapa kali sebelum membuat satu chip yang cantik melambung ke kotak penalti.

Thomas Muller segera membuat larian dan mudah menjaringkan gol ketiga ketika pemain Red Star Belgrade masih terpinga-pinga.




Paparkan Komen