Sepakan Percuma Padu Pemain Negeri Sembilan Dari Jarak 40 Meter

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Dalam perlawanan Negeri Sembelin menentang JDT II satu lagi gol padu berpunca daripada sepakan percuma telah terhasil.

Pemain import Negeri Sembilan, Matheus Fernandes berjaya menjaringkan gol sepakan percuma dari jarak sejauh 40 meter.

Gol itu bukan sahaja padu tetapi telah membantu Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan ke atas JDT II 3-1.

Kemenangan yang memberi harapan kepada Negeri Sembilan untuk ke Liga Super selepas UiTM tewas kepada Sabah.

Negeri Sembilan dan UiTM kini berkongsi mata dan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Antara gol terbaik Liga Perdana musim ini.

GOAL FREEKICK SEJAUH 40 METER PEMAIN NEGERI SEMBILAN

VIDEO GOL FREEKICK 40 METER PEMAIN NEGERI SEMBILANPada perlawanan menentang JDT II malam tadi,Matheus Fernandes berjaya menjaringkan gol freekick yang cukup padu sejauh 40 meter membantu Negeri Sembilan menang 3-1 keatas JDT II.Kemenangan malam tadi memberi harapan kepada Negeri Sembilan untuk ke Liga Super bersama pasukan Sabah selepas UiTM tewas dan JDT II,Terengganu FC tidak boleh ke Liga Super kerana berstatus feeder club.Bersediakah Negeri Sembilan untuk kembali ke Liga Super 2020?

Posted by ROTP on Tuesday, 9 July 2019



Paparkan Komen