Ronaldo Raikan Gol Dengan Menganjing Simeone

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 bulan yang lalu

Pada 20 Februari lalu ketika Juventus tewas kepada Atletico Madrid pada perlawanan pertama Champions League pusingan 16 terbaik pengurus Atletico, Dieogo Simeone telah melakukan keraian yang kurang sopan.

Simeone telah memegang telurnya(Rujuk gambar) dengan perasaan bangga meraikan kejayaan pasukan bimbingan beliau dan mengakui perlakuan itu tidak sopan tetapi perlu dilakukan.

"Itu bukan isyarat yang bagus, aku akui tetapi aku rasa aku perlu lakukannya."

"Aku lakukan ketika bergelar seorang pemain dan melakukannya lagi untuk menunjukkan kepada peminat bahawa kami mempunyai Cojones(telur atau kerandut)."

"Aku minta maaf jika ada yang terasa. Aku tak tujukan kepada lawan. Aku berpaling kepada penyokong sendiri."

Pengurus Atletico Madrid akui perbuatan itu bukan ditujukan kepada lawan mereka iaitu Juventus tetapi kepada penyokong sendiri.

Siang malam bersilih ganti dan bumi berputar pada paksinya dan bukanlah berbentuk leper. Maka tibalah perlawanan kedua.

Cristiano Ronaldo berjaya memacu kebangkitan Juventus dengan menjaringkan hatrik lalu mara dengan agregat 3-2 dengan dua sundulan.

Sepakan penalti dipenghujung perlawanan melengkapkan hatrik dan malam gemilang Ronaldo.

Selepas wisel ditiup Ronaldo meraikan kemenangan dengan gaya yang dilakukan Simeone dua minggu lalu.

"Aku pun ada Cajones!" Mungkin itu yang mahu Ronaldo beritahu semua.




Paparkan Komen