Reaksi Carragher Dan Neville Ketika Manchester United Dan Liverpool Menjaringkan Gol

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 minggu yang lalu

Gary Neville dan Jamie Carragher merupakan bekas pemain Manchester United dan Liverpool yang kini bergandingan bersama di Sky Sports sebagai pundit merupakan telah mewujudkan satu gandingan yang menghiburkan.

Reaksi mereka berdua sentiasa dirakamkan ketika perlawanan melibatkan bekas pasukan yang mereka bermain ketika masih bergelar gelaran sebagai pemain bola sepak.

Dalam perlawanan terbaru Manchester United menentang Liverpool, sekali lagi reaksi mereka dirakamkan ketika gol terhasil.

Marcus Rashford menjaringakn gol pembukaan Manchester united yang melibatkan kontroversi Victor Lindelof mengasari Divock Origi sebelum gol terhasil.

Selepas pengadil merujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) gol Rashford telah disahkan untuk Setan Merah mendahului.

Kemudian Sadio Mane menjaringkan gol penyamaan namun dibatalkan kerana bola terlebih dahulu terkena tangan Mane.

Jaringan pada minit ke-85 oleh Adam Lallana memastikan Liverpool terus kekal menjadi pasukan yang masih belum tewas pada musim ini dalam saingan Liga.

Gary Neville meraikan gol Marcus Rashford dengan berhati-hati, mungkin kurang yakin Manchester United boleh menang.

Reaksi Carragher ketika Adam Lallana menjaringkan gol penyamaan. Penuh keterujaan.



Paparkan Komen