Premier League 2019/20 : Wolves 2-5 Chelsea

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Tammy Abraham telah mencetak hatrik dan satu gol sendiri ketika Chelsea menewaskan pasukan yang sentiasa menjadi duri dalam daging pasukan top 6, Wolves di Molineux dengan jaringan 5-2.

Chelsea yang mempamerkan aksi termantap mereka musim ini didepan melalui jaringan padu Fikayo Tomori yang melencongkan bola ke penjuru kanan dari jarak 25 ela.

Abraham menggandakan kedudukan pada minit ke-34 dan terus menjarakkan kedudukan kepada 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama dengan sundulan sesedap rasa.

Penyerang muda Chelsea itu melengkapkan hatrik beliau pada awal separuh masa kedua dengan satu gerakan yang lincah dan mantul bangat untuk kedudukan 4-0.

Roman Saiss kemudian menjaringkan gol pertama Wolves sebelum Tammy Abraham berasa kesian dan menjaringkan gol sendiri namun itu semua sudah tidak bermakan bagi Wolves.

Mason Mount melengkapkan kemenangan 5-2 Chelsea dengan jaringan dipenghujung permainan.

Starting XI: ​Patricio (4); Traore (4), Vallejo (4), Coady (4), Dendocker (4), Jonny (4); Moutinho (4), Neves (5), Saiss (5); Jota (5), Jimenez (4)
Substitutes: Cutrone (6), Doherty (5), Gibbs-White (5)

Starting XI: Arrizabalaga (7); Azpilicueta (7), Tomori (8), Rudiger (8), Christensen (7), Alonso (8); Jorginho (8), Kovacic (7), Mount (8); Willian (8), Abraham (9)
Substitutes: Zouma (7), Barkley (6), Batshuayi (6)




Paparkan Komen