Premier League 2019/20 : Watford 2-2 Arsenal

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pasukan yang lemah dan lembik, Arsenal memberi harapan palsu kepada peminat mereka diseluruh dunia apabila mendahului Watford 2-0 pada separuh masa pertama namun seri akhirnya.

Arsenal yang dikuasakan kembali oleh Mesut Ozil mempamerkan aksi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan janaan bahagian tengah secukup rasa pada mulanya.

Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol mudah dalam tempoh 11 minit masing-masing pada minit ke-21 dan 32 yang membuatkan penyokong Arsenal berasa yakin.

Di media sosial mereka yang mudah koyak dan berhati tisu mula sembang ke langit tanpa menyedari mereka masih di bumi. Watford akan menjadi santapan Arsenal di pandangan mereka.

Lapan minit bersambung babak kedua bunga-bunga lemah dan lembik Arsenal mula kelihatan. Sokratis Papastathopoulos yang gelaran manja daripada peminat Arsenalnya Papa telah mempamerkan aksi jenaka.

Pertahanan Arsenal tidak dapat lari daripada membuat kesilapan yang bukan-bukan, Papa telah memberi gol percuma untuk Watford yang segera disudahkan oleh Tom Cleverly yang pantas menyambar. Gratis gais.

Cubaan membina gerakan daripada bawah nyata gagal dengan teruk apabila Papa membuat hantaran lemah dan panik lalu laju dipintas Cleverly. Kesedihan Papa nyata tidak terbendung lagi.

Tidak sanggup melihat Papa bersedih dan terus mengenang kesilapan maka, David Luiz menghadiahkan sepakan penalti buat yang disudahkan oleh Roberto Pereyra. Bagus Luiz.

Kesalahan terus nampak terarah kepada Luiz yang sudah dua kali menghadiahkan sepakan penalti. Selamat Papa dari kecaman.

Apa nak diharapkan daripada pemain pertahanan bernilai 8 juta jika nak dibandingkan dengan pemain pertahanan berharga 80 juta yang juga tak boleh diharap sangat?

Arsenal sangat barai dan bernasib baik tidak kalah kerana ketumpulan jentera gol Watford yang mencatatkan 24 percubaan dengan 10 percubaan tepat berbanding Arsenal yang membuat 5 percubaan tepat dan 2 tersasar.

Starting XI: Foster (6); Femenia (7), Dawson (6), Kabasele (6), Holebas (6); Hughes (6) Doucoure (6), Capoue (6), Deulofeu (8); Cleverley (7); Gray (5)
Subs: Sarr (7), Pereyra (7), Janmaat (6)

Starting XI: Leno (6); Maitland-Niles (6), Sokratis (5), Luiz (6); Kolasinac (7); Guendouzi (6), Xhaka (6), Ceballos (7); Ozil (7); Pepe (6), Aubameyang (8)
Subs: Willock (6), Torreira (6), Nelson (6)




Paparkan Komen