Premier League 2019/20 : Southampton 1-4 Chelsea

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Pengharaman Chelsea daripada pasaran perpindahan pemain musim ini dilalui dengan begitu menarik dan hebat sekali oleh bekas pemain lagenda mereka, Frank Lampard yang bergantung kepada pemain muda.

Chelsea bermula goyah dan Lampard berada di carta teratas dalam senarai pengurus yang bakal dipecat musim ini dan namun semua itu dilalui Lampard dengan mudah.

Selepas 8 perlawanan liga sudah ada yang beranggapan bahawa tidak akan ada pengurus mampu membawa Chelsea dengan sekumpulan kanak-kanak riang.

Chelsea mudah menewaskan Southampton dan dua pemain kelahiran akademi mereka Tammy Abraham dan Mason Mount terus mencetak nama sebagai penjaring untuk meletakkan Chelsea dua gol di depan.

Danny Ings cyba merapatkan kedudukan namun N'Golo Kante hadir dengan rembatan padu yang terbias untuk kembali menjarakkan kedudukan.

Mitchy Batshuayi melengkapkan kemenangan Chelsea dengan gol ke-4. Callum Hudson Odoi terus memahat nama dengan satu bantual gol.

SOUTHAMPTON (4-2-2-2): Gunn 5; Valery 7, Yoshida 6.5, Bednarek 5, Bertrand 6; Romeu 6, Hojbjerg 6; Ward-Prowse 6, Redmond 6 (Boufal 81); Ings 6 (Adams 80), Long 5 (Obafemi 73)

Subs: McCarthy, Stephens, Adams, Armstrong, Danso

CHELSEA (4-3-3): Kepa 6; Azpilicueta 7, Zouma 5.5, Tomori 6, Alonso 7; Kante 7.5, Jorginho 8, Mount 7.5 (Kovacic 79); Willian 7.5, Abraham 7.5 (Batshuyi 84), Hudson-Odoi 7.5 (Pulisic 79)

Subs: Caballero, Christensen, Barkley, James




Paparkan Komen