Premier League 2019/20 : Manchester United 1-1 Liverpool

The Sukan oleh The Sukan 4 minggu yang lalu

Perlawanan paling sedap antara dua pasukan bola sepak paling tersohor di dunia Manchester United menentang Liverpool akhirnya sudah ada keputusanya.

Menjelang perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau sebenarnya sudah ada formula untuk memperbaiki Manchester United. Namun ianya perlu mengambil sedikit masa lagi untuk memastikan formula itu berjaya.

Solskjaer juga menyatakan beliau kini berada dalam organisasi yang dipenuhi staf yang hebat membantu beliau. Solskjaer memuji para pembantunya yang sangat arif dengan tugasan masing-masing.

Solskjaer berkata demikian selepas mendengar ada pihak mengkritik staf kejurulatihan beliau sebagai tidak melakukan tugas sebaiknya dalam mempersiapkan pemain untuk menghadapi hari perlawanan.

Solksjaer membuktikan bahawa formula yang diterapkan beliau adalah benar apabila hampir mencalarkan rekod 100 peratus kemenangan dengan satu kekalahan. Seri sudah cukup mencalar.

Manchester United mempamerkan aksi yang meyakinkan seawal sepak mula dan menguasai permainan walaupun masih bergelut untuk memecahkan benteng terbaik dunia.

Liverpool bukanlah lawan mudah dan masih berbisa walaupun jarang-jarang menyerang dengan beberapa siri percubaan yang mengancam.

Akhirnya Marcus Rashford yang tidak boleh diharap sangat memecahakan kebuntuan dengan gol pendahuluan dengan satu tolakan mudah.

Bergema sorakan penyokong Setan Merah yang sudah lama tidak mengalami keterujaan sedemikian rupa.

Namun gol itu tidak lama apabila Sadio Mane menyamakan kedudukan tapi sayangnya gol itu dibatalkan selepas dirujuk kepada VAR kerana bola terlebih dahulu terkena tangan Mane.

Separuh masa pertama berakhir dengan United mendahului menyentap segala keegoan dan keangkuhan penyokong Liverpool yang sentiasa sembang ke langit.

Mereka tidak bercakap malah berpura-pura bermain telefon pintar sambil menyalahkan pengadil yang membatalkan gol Mane. Lawan pasukan nombor 14 je kot.

Bersambung babak kedua, aksi kelaut disajikan kedua-dua pasukan dan memasuki 20 minit terakhir benteng Setan Merah semakin bocor.

Akhirnya Lallana menyamakan kedudukan pada minit ke-84 dan jaringan itu merupakan gol terakhir dalam perlawanan ini untuk keputusan 1-1.

Selepas gol Lallana ini, barulah penyokong Liverpool mahu berbual dan bermesra selepas bermuram durja dan bermasam muka.

Satu keputusan yang sangat memalukan buat Liverpool seri dengan pasukan yang mesra kepada zon penyingkiran.

Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Liverpool yang menunjukkan kemenangan mereka dalam 8 perlawanan awal adalah nasib.

Satu peningkatan ketara daripada Setan Merah dan formula Solksjaer sudah mula menuai hasil dan memerlukan sedikit masa lagi untuk sempurna.

Manchester United (3-5-2): De Gea; Maguire, Lindelof, Rojo; Young, Fred, McTominay, Pereira (Williams 90+4), Wan-Bisakka; James, Rashford (Martial 84)

Subs: Garner, Greenwood, Mata, Rojo, Romero

Liverpool (4-3-3): Alisson; Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Wijnaldum (Keita 82); Mane, Firmino, Origi (Oxlade-Chamberlain 60)

Subs: Gomez, Lallana, Lovren, Milner, Adrian



Paparkan Komen