Premier League 2019/20 : Manchester United 1-0 Leicester City

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Sebelum Norwich City mencipta kejutan terbesar musim ini apabila berjaya menewaskan Manchester City, Setan Merah terlebih dahulu membuatkan kejutan dan ramai yang masih terkejut dengan apa yang dilakukan Manchester United.

Ramai mencemuh Manchester United kerana bermain teruk dan membosankan namun mereka lupa bahawa Setan Merah melakukan keajaiban apabila berjaya menjaringkan sepakan penalti dan menewaskan Leicester City.

Marcus Rashford dijatuhkan dan mengambil tanggungjawab membuat sepakan. Mudah Rasford menewaskan anak penjaga gol lagenda, Kasper Schmeichel pada minit ke-8.

Gol tersebut merupakan gol tunggal perlawanan dan Jamie Vardy serta rakan-rakan gagal untuk menembusi benteng yang kemudi oleh pemain pertahanan termahal dunia, tidak lain tidak bukan, Harry Maguire.

Manchester United bukan sahaja mencatatkan kemenangan malah menang tanpa bola. Lebih istimewa Setan Merah sudah reti menjaringkan penalti yang menjadi punca mereka kehilangan mata.

Starting XI: De Gea (7); Wan-Bissaka (6), Lindelof (7), Maguire (8), Young (6); McTominay (8*), Matic (6); Pereira (5), Mata (5), James (8); Rashford (7).
Substitutes: Chong (6), Tuanzebe (6), Fred (5).

Starting XI: Schmeichel (6); Pereira (7*), Evans (6), Soyuncu (5), Chilwell (7); Ndidi (6), Tielemans (5), Choudhury (6); Maddison (5), Gray (6); Vardy (5).
Substitutes: Perez (5), Barbes (6).



Paparkan Komen