Premier League 2019/20 : Manchester City 8-0 Watford

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

​Manchester City kembali ke jalan kemenangan dengan penu bergaya selepas lemah longlai dikejutkan oleh Temuu Pukki dan rakan-rakan minggu lalu yang menyebabkan mereka kehilangan mata berharga.

Bukan biasa-biasa kemenangan yang dicatatkan oleh Manchester City ini apabila membelasah Watford yang hampir mengejutkan Arsenal minggu dengan aksi kebangkitan dengan 8 gol tanpa belas. Makan dengan straw Watford.

Kegilaan anak buah Pep Guardiola ini dipamerkan dengan 5 gol dalam tempoh 17 minit permainan. David Silva membuka jaringan seawal saat ke-52 sepak mula dan menjadi gol terpantas di Premier League musim ini.

Sergio Aguero menggandakan kedudukan pada minit ke-5 hasil sepakan penalti sebelum sepakan percuma Riyad Mahrez terbias terkena Tom Cleverly untuk gol ketiga.

Bernardo Silva menjadikan kedudukan 4-0 dan Nicolas Otamendi menjaringkan gol ke-5 untuk melengkapkan 5 jaringan dalam tempoh 17 minit. Bukan kaleng-kaleng.

Tiada jaringan lagi selepas itu sehingga perlawanan bersambung dua minit di separuh masa kedua, Bernadrdo Silva menjaringkan gol kedua peribadi dan melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-60.

Sejam permainan Manchester City sudah mendahului 7-0 dan Kevin De Bryune melengkapkan malam kegemilangan City dengan gol ke-8 dengan rembatan deras sesedap rasa ke bucu gawang.

Manchester City mencatatkan 24 percubaan dengan 12 percubaan tepat tetapi hanya 8 gol terhasil.

Apa agaknya perasaan Ben Foster selepas perlawanan ini?

Starting XI: Ederson (6); Walker (7), Fernandinho (7), Otemendi (8), Mendy (7); De Bruyne (9), Rodri (8), D.Silva (9); Mahrez (9), Aguero (8); B.Silva (10*)
Subs: Cancelo (6), Angelino (6), Garcia (6)

Starting XI: Foster (4); Kiko (3), Dawson (3), Mariappa (3), Holebas (3); Capoue (4), Cleverley (4), Doucoure (4); Foulquier (5), Deulofeu (4), Hughes (4).
Subs: Pereyra (4), Sarr (5), Gray




Paparkan Komen