Premier League 2019/20 : Liverpool 2-1 Leicester City

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Pasukan paling power di muka bumi, sang penakluk Eropah, Liverpool power this is our year meneruskan rekod mereka kepada 17 perlawanan secara berturut-turtu merapati rekod yang dicipta oleh Manchester City dengan 18 kemenangan dalam usaha mewujudkan satu standard baru.

Liverpool mencatatkan kemenangan ke-8 berturut-turut di Premier League musim ini sekaligus mengutip 24 mata penuh untuk terus mual-mual dan pening-pening kerana gayat teramat dipuncak liga.

Leicester City merupakan lawan yang agak dan bukan mudah untuk Liverpool ditambah pula dengan kegagalan Liverpool menyempurnakan peluang yang terhidang.

Akhirnya Sadio Mane berjaya menjaringkan gol pembukaan buat Liverpool pada minit ke-40 hasil bantuan gol James Milner.

Bersambung separuh masa kedua, Liverpool terus untuk mencari gol tambahan dan Leicester City juga mahukan gol penyamaan.

Akhirnya satu-satunya percubaan tepat Leicester City membuahkan hasil. Rembatan James Maddison gagal diselamatkan Adrian dan tertiris masuk ke gawang.

Ketika masa perlawanan sebenar sudah tamat, permain dilangsungkan ke masa lanjutan ketika hampir mata dikongsi penuh adil buat kedua-dua pasukan aksi draVARtik terjadi.

Marc Albrightonmelakukan sentuhan ke atas Sadio Mane yang jatuh lalu menggelupur seperti dilempar ke dalam kawah gunung berapi, jelas ada simulasi melampau dari Mane.

Pengadil tanpa teragak-agak terus memberikan penalti, namun atas nama keadilan Video Assistant Referee(VAR) telah dirujuk.

Selepas dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) maka sah keputusan pengadil memberikan penalti kerana ada sentuhan daripada Marc Albrighton ke atas Mane.

James Milner tampil mengambil tanggungjawab dan menyempurnakan sepakan penalti untuk Liverpool meraih 3 mata lalu terus gayat-mayat di puncak.

Liverpool sekali lagi mempamerkan aksi sang juara apabila berjaya meraih kemenangan disaat akhir. Hanya mereka yang berhasad dengki dan iri hati sahaja menafikan hakikat ini.

Gol boleh hadir dalam pelbagai cara dan penalti salah satunya. Pengadil mengesahkan jaringan itu dan kenapa kau nak pertikai? Dah la dapat penalti tak reti nak score.

Liverpool (4-3-3): Adrian 6; Alexander-Arnold,7 Lovren 6, Van Dijk 7, Robrtson 7; Wijnaldum, 7 (Henderson 6.5, 78) Fabinho 7, Milner 7.5; Mané 8, Salah 7 (Lallana 90), Firmino 7 (Origi 78, 7)
Subs: Kelleher, Keita, Gomez, Elliott

Leicester (4-3-3); Schmiechel 8; Pereira, 7 Evans,7 Soyuncu,7.5 Chilwell 7; Praet,7 (Perez 73, 7) Ndidi,7 Tielemens 7; Barnes,6.5 (Albrighton 6, 45) Vardy,6 Maddison 7 (Choudhury 86)
Subs: Ward, Justin, Morgan, Gray




Paparkan Komen