Premier League 2019/20 : Leicester City 2-1 Tottenham Hotspur

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Bekas juara Premier League, Leicester City mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Tottenham Hotspur apabila bangkit mengejar selepas ketinggalan dalam perlawanan yang menyaksikan Video Assistant Referee(VAR) membatalkan dua gol.

Leicester City terlebih dahulu di depan melalui Wilfred Ndidi pada minit ke-18 namun gol tersebut dibatalkan kerana jelas offside selepas gol itu dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR).

Harry Kane membukan jaringan buat Spurs pada minit ke-29 selepasa menerima hantaran Son Heung-min. Walaupun terjatuh Kane sempat bersilat disitu untuk meletakkan bola ke gawang.

Pada minit ke-62 Serge Aurier telah menggandakan kedudukan namun Video Assistant Referee(VAR) telah membatalkan jaringan itu selepas Son Heung-min dilihat berada dalam kedudukan offside.

Hanya senipis kulit bawang yang membawa kepada offside. VAR tidak memihak kepada Spurs.

Lima minit berselang selepas gol Spurs dibatalkan Ricardo Pereira menyamakan kedudukan. James Maddison menjaringkan gol kemenangan The Foxes melalui satu rembatan luar kota penalti.

Starting XI: Schmeichel (7); Pereira (8), Evans (7), Soyuncu (8), Chillwell (7); Ndidi (7), Perez (7), Tielemans (7), Maddison (9*), Barnes (7); Vardy (7).
Substitutes: Praet (7), Gray (6), Choudhury (6).

Starting XI: Gazzaniga (6); Aurier (6), Alderweireld (7), Vertonghen (6), Rose (6); Ndombele (7), Sissoko (6), Winks (7), Lamela (7); Kane (8), Son (7).
Substitutes: Eriksen (7), Wanyama (6), Moura (6).




Paparkan Komen