Premier League 2019/20 : Brighton & Hove Albion 3-0 Tottenham Hotspur

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Tottenham Hotspur terus dirundung malang apabila tewas lagi kali ini di Premier League di kaki Brighton & Hove Albion dengan 3 gol tanpa balas.

Selepas dibelasah teruk 7-2 kepada Bayern Munich disaingan Champions League, Spurs tidak mampu bangkit dan terus menambah kesedihan.

Lebih malang mereka kehilangan Hugo Lloris yang mengalami kecederaan patah tangan ketika gol pertama Brighton & Hove Albion hasil jaringam Neal Maupay.

Seawal minit ke-3 permainan, Spurs sudah kehilangan benteng terakhir mereka yang terjatuh ketika mahu membuat pendaratan yang mengakibatkan tangan tercedera teruk.

Aaron Connolly menggandakan kedudukan pada minit ke-32 sebelum Aaron Connolly sekali lagi menjaringkan gol kedua peribada dan melengkapkan kemenangan Brighton & Hove Albion.

Apa sudah jadi dengan Spurs?

Brighton & Hove Albion XI : Ryan (8); Montoya (8), Webster (7), Dunk (8), Burn (6), Alzate (7); Gross (7), Stephens (6), Mooy (9*); Maupay (8), Connolly (9).

Substitutes: Bissouma (6), Bong, Murray.

Tottenham Hotspur XI : Lloris (3); Sissoko (4), Alderweireld (6), Vertonghen (5), Davies (6); Dier (5), Ndombele (4), Eriksen (5), Lamela (5); Son (5), Kane (4).

Substitutes: Gazzaniga (5), Winks (7*), Moura (6).



Paparkan Komen