Premier League 19/20 : Manchester United 4-0 Chelsea

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United memulakan kempen Premier League musim 2019/2020 dengan penuh bergaya menampilkan permainan penuh yakin dan tajam.

Chelsea yang suram dalam perpindahan pemain kerana telah dilarang untuk membeli pemain dalam jendela perpindahan bermula dan bermain dengan baik pada separuh masa pertama.

Kemenangan terbesar Manchester United ke atas Chelsea sejak kali terakhir mencatatkan jaringan sama pada Mac 1965 ketika dibimbing Matt Busby.

Sentuhan penyudah nyata sangat mencemburui Chelsea ditambah pula dengan kekebalan David De Gea membuat beberapa aksi menyelamat yang padu.

Marcus Rashford meletakkan Setan Merah didepan selepas menyempurnakan sepakan penalti yang menjadi hadiah dari serangan balas.

Bersambung babak kedua Manchester United menambah lagi 3 jaringan untuk 3 mata pertama yang penuh berjaya.

Anthony Martial menggandakan kedudukan pada minit ke-65 sebelum Rashford membunuh perlawanan dengan gol ketiga dua minit kemudian selepas Paul Pogba membuat hantaran cantik.

Daniel James masuk pada minit ke-74 telah menjaringkan gol ke-4 Setan Merah pada minit ke-81 dan membuktikan ketajaman Si Setan.

Chelsea sememangnya menguasai perlawanan ini dengan melakukan 18 percubaan tetapi hanya 7 sahaja percubaan tepat. Betapa tumpulnya Chelsea.

Pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire membuktikan kenapa beliau semahal itu apabila mencatatkan statistik yang sangat power dalam perlawanan ini dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Manchester United hanya melakukan 11 percubaan dengan hanya 5 percubaan tepat dan 4 daripadanya menghasilkan gol. Tajam.

Manchester United XI: De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Pogba, Pereira, Lingard, Martial, Rashford

Chelsea XI: Kepa, Azpilicueta, Zouma, Christensen, Emerson, Jorginho, Barkley, Kovacic, Mount, Pedro, Abraham




Paparkan Komen