Premier League 19/20 : Liverpool 4-1 Norwich City

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool power every is our year diberi penghormatan untuk merasmikan perlawanan pertama Liga Perdanan Inggeris bagi musim 2019/2020.

Dengan ini secara rasminya liga paling popular di dunia ini kembali bersambung dan 20 pasukan akan merebut kejuaraan berprestij itu sebenarnya dua pasukan je, Liverpool dan Manchester City.

Just the standard goal and assist for Salah to ease himself back into the Premier League 😏Mover of the match, presented by Sure#NeverMoreSure

Posted by Liverpool Pro on Friday, 9 August 2019

Liverpool ternyata unggul dipermulaan musim ini apabila garang mendahului pendatang baharu Premier League, Norwich City dengan 4 gol pada separuh masa pertama.

Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Divock Origi merupakan penjaring gol kedua, ketiga dan keempat perlawanan selepas Grant Hanley menjaringkan gol sendiri seawal minit ke-6.

Teemu Pukki menjaringkan gol saguhati Norwich City dalam perlawanan ini menewaskan penjaga gol baru yang dibeli Liverpool, Andrian.

Andrian tidak menunggu lama untuk membuat debut bersama Liverpool di Premier League, hanya 4 hari saja, apabila masuk menggantikan Alisson Becker yang mengalami kecederaan pada minit ke-39.

Alisson tidak dapat meneruskan perlawanan selepas tercedera ketika membuat sepakan gol dan memaksa Jurgen Klopp melakukan pertukaran.

Salah telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan Premier League di hari jumaat. Dalam 5 penampilannya di hari jumaat, Salah telah menjaringkan 6 gol. Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun. Keberkatan!

Starting XI: Alisson (6); Alexander-Arnold (8), Gomez (6), Van Dijk (6), Robertson (7); Henderson (7), Fabinho (7), Wijnaldum (7); Salah (8*), Firmino (7), Origi (8).
Substitutes: Adrian (6), Mane (7), Milner (N/A).

Starting XI: Krul (5); Aarons (5), Hanley (4), Godfrey (6), Lewis (6); McLean (5), Trybull (5); Buendia (5), Stiepermann (6), Cantwell (5); Pukki (7*).
Substitutes: Leitner (5), Hernandez (6), Drmic (N/A).




Paparkan Komen