Premier League 19/20 : Chelsea 0-1 West Ham United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Chelsea menjadikan Stamford Bridge sebagai gelanggang menyambut lawan setempat, West Ham United untuk perlawanan yang digelar London Derby ini yang merupakan perlawanan yang membabitkan maruah setempat.

Perlawanan pada separuh masa pertama berakhir dengan keputusan yang semimbang iaitu seri tanpa jaringan.

Pada minit ke-48 Aaron Cresswell meletakkan West Ham United dihadapan melalui satu gol yang sangat cantik apabila melakukan satu flick untuk membuat cut inside.

Nyata pemain pertahanan muda Chelsea, Reece James mudah terpedaya dan terlajak langkah, Aaron Cresswell mempunyai masa dan ruang secukupnya untuk melakukan percubaan.

Satu percubaan lencong cantik lagi indah dilepaskan Aaron Cresswell melepasi jangkauan Kepa Arrizabalaga.

Michail Antonio menggandakan kedudukan pada minit ke-68 namun Video Assistant Referee(VAR) menjadi penyelamat Chelsea dengan membatalkan jaringan tersebut kerana terkena tangan.

West Ham United bermain dengan penuh disiplin dan memperoleh tiga masa berharga walaupun jarang memegang bola dalam perlawanan ini dengan hanya 34 peratus penguasaan bola.

Kepa Arrizabalaga sangat cemerlang dalam perlawanan ini apabila membuat beberapa aksi menyelamat yang padu bagi menyelamatkan Chelsea dari menjadi pasukan belasahan.

Manuel Pellegrini menamatkan keputusan buruk mereka yang mencatatkan rentetan 7 perlawanan tanpa sebarang kemenangan dengan kejayaan yang begitu manis.

Chelsea 4-2-3-1: Arrizabalaga 7; James 6, Zouma 5.5, Tomori 6.5, Emerson 6; Jorginho 6.5 (Kante 63, 6), Kovacic 7; Pedro 6 (Willian 63, 5), Mount 7, Pulisic 7.5; Giroud 6 (Hudson-Odoi 71, 6)

Subs not used: Christensen, Cabellero, Batshuayi, Azpilicueta

West Ham United 4-1-4-1: Martin 6.5; Fredericks 7, Ogbonna 7, Balbuena 7, Cresswell 8; Noble 7.5, Rice 7; Snodgrass 7, Fornals 6.5, Anderson 6.5 (Yarmolenko 71, 6); Antonio 7 (Haller 76)

Subs not used: Zabaleta, Roberto, Sanchez, Ajeti



Paparkan Komen