Premier League 18/19 : Manchester City 6-0 Chelsea

The Sukan oleh The Sukan 1 minggu yang lalu

Pertemuan Manchester City yang kembali stabil dan Chelsea yang semakin senak dengan dengan bebola Sarri menjadi perlawanan yang penuh dengan kegilaan.

Kegilaan yang nyata di mana Chelsea tewas peminat Liverpool bersedih. Manchester City yang menang peminat Manchester United yang terlebih gembira. Ajaibnya, Arsenal naik ke tangga ke-5 tanpa perlu beraksi.

Lantak la siapa sokong siapa. City ngan Chelsea ada peminat ke? Tanya je.

Peminat Liverpool tampak tidak keruan dan menuduh Chelsea sengaja kalah kerana percaya ada kempen Asal Bukan Liverpool.

Peminat Setan Merah pula tampak berlebihan galaknya dengan kasih dayang di bawa Ole Gunnar Solskjaer kerana mampu mengekalkan tempat ke-4 dengan kelebihan 1 mata.

Di atas kertas dan isu sensasi lagi terkini jelas City merupakan pemenang perlawanan ini, namun bukanlah dengan jaringan 6 gol tak mampu dibalas.

Terlalu unggul, bekeng dan rakus City yang dahagakan 3 mata selepas 25 minit sepak mula 4 gol dihadapan dan keempat-rmapat gol itu dijaringkan dalam tempoh 20 minit.

Sergio Aguero mencatatkan hatrik ke-11 di Premier League sekaligus menyamai rekod Alan Shearer dan penjaring terbanyak sepanjang zaman City dengam 160 gol.

Raheem Sterling tidak kurang menawan dengan dua gol dan Ilkay Gundogan satu gol.

MANCHESTER CITY: Ederson, Walker, Stones, Laporte, Zinchenko, Gundogan, Fernandinho (Silva 75'), De Bruyne (Mahrez 68'), Bernardo Silva, Aguero (Gabriel Jesus 65'), Sterling

CHELSEA: Arrizabalaga, Azpilicueta, Rudiger, Luiz, Alonso (Emerson 73'), Kante, Jorginho, Barkley (Kovacic 52'), Pedro (Loftus-Cheek 65'), Higuain, Hazard




Paparkan Komen