Piala Malaysia 2019 Suku Akhir 1 : Terengganu 0-1 JDT

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Saingan Piala Malaysia 2019 telah memasuki peringkat suku akhir dan perlawanan Terengganu JDT menjadi tumpuan ramai dan poster daripada pasukan Terengganu telah menimbulkan kontroversi.

Pemain tonggak negara, Safawi Rasid terlebih dahulu menguji benteng pertahanan Terengganu dengan satu percubaan yang menarik tetapi agak lemah yang mudah diselamatkan penjaga gol Terengganu, Wan Azraie.

Diogo Luis Santo membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-22 dengan membuat satu rembatan kencang luar kotak penalti selepas berjaya menyungkit bola untuk umpanan kepada diri sendiri.

Ini merupakan gol ke-6 Diogo Luis Santo di saingan Piala Malaysia 2019 dan jaringan ke-20 beliau dalam 28 perlawanan untuk JDT dalam semua kejohanan.

Terengganu hampir saja menyamakan kedudukan pada minit ke-34 namun sayang seribu kali sayang percubaan Tchetche Kipre tidak menemui sasaran.

Bersambung separuh masa kedua permainan bertambah rancak dan panas. Percubaan Safawi Rasid terus dinafikan, kali ini Nasrullah Haniff berjaya mengeluarkan bola yang sedikit lagi mahu melepasi garisan gol.

Wan Azraie terus cemerlang apabila menafikan percubaan jarak dekat Leandro Velazquez dengan satu tepisan keluar.

Sanjar Shaakhmedov berjaya membuat satu rembatan cantik namun berjaya ditepis keluar penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.

Safawi Rasid akhirnya berjaya menewaskan Wan Azraie yang keluar dari kawasan gol namun sayang percubaan Safawi sekadar menyinggah tiang.

JDT menang perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia dan membawa bekalan berharga di tempat lawan.

FT Terengganu 0-1 JDT

Diogo Luís Santo 22'




Paparkan Komen