Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 1 : Kedah 3-3 Pahang

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 minggu yang lalu

Perlawanan separuh akhir pertama antara Kedah dan Pahang menyaksikan pasukan Helang Merah bangkit berkali-kali untuk mengikat Pahang dengan gol penyamaan hadir masa kecederaan. Dramatik.

Wan Zaharulnizam atau nama manjanya Kecik, meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-13 melalui satu rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Stadium Darul Aman sekali lagi menerima kejutan apabila Dickson Nwakaeme menggandakan kedudukan melalui satu sepakan penalti.

Jaringan ke-7 Dickson Nwakaeme untuk kempen Piala Malaysia 2019.

Pada minit ke-32 Fernando Rodriguez merapatkan jurang gol dengan menjaringkan gol pertama Kedah.

Lima minit kemudian Jonatan Bauman mensia-siakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan apabila Helmi Eliza berjaya merigat sepakan Bauman.

Fernando Rodiguez menyamakan kedudukan pada minit ke-39 melalui sepakan penalti dan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-2.

Pada minit ke-73 Azam Azih kembali meletakkan Pahang di depan.

Ketika kemenangan dilihat bakal berpihak kepada Pahang Zaquan Adha menyamakan kedudukan pada minit ke-94.

FT Kedah 3-3 Pahang

Wan Zaharulnizam 13'
Dickson Nwakaeme 26'
Fernando Rodriguez 32'40'(P)
Nor Azam Azih 72'
Zaquan Adha 90+4'



Paparkan Komen