Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 1 : JDT 2-1 Selangor

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 telah bermula dan pertemuan antara JDT dan Selangor berpihak kepada pasukan Harimau Selatan dengan dua jaringan berbalas satu.

Syafiq Ahmad terus tajam dan menggegar gawang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-14 dengan satu sapuan bola ke padang.

Namun gol itu hanyabertahan 3 minit sahaja apabila Ifedayo Omosuyi menyamakan kedudukan melalui satu percubaan yang menarik hasil hantaran bijak Sandro.

Bersambung babak kedua Leandro Velazquez menjaringkan gol kemenangan JDT melalui percubaan daripada luar kotak penalti.

Kemenangan ini memberi sedikit bekalan buat JDT yang bakal bertandang ke Shah Alam untuk separuh akhir kedua.

Jurulatih Selangor, B.Sathinathan menyeru penyokong Selangor hadir memberi sokongan untuk perlawanan kedua.

"Saya merayu semua penyokong datang pada perlawanan akan datang."

Lucas Mora pula berpendapatan saingan masih terbuka.

"Kami menguasai perlawanan ini namun masih lagi terbuka di perlawanan akan datang."

FT JDT 2-1 Selangor

Syafiq Ahmad 15'
Ifedayo Olusegun 17'
Leandro Sebastián Velázquez 49'



Paparkan Komen