Penjaga Gol Paling Gila Dalam Sejarah Bola Sepak

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

José René Higuita Zapata itulah nama penuh beliau tetapi lebih dikenali sebagai Rene Higuita merupakan bekas penjaga gol Colombia dianggap penjaga gol dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia.

Rene Higuita telah menjaringkan 41 gol sepanjang kerjaya. Gemar bermain di luar kotak penalti walaupun seorang penjaga gol dan menjadi pencetus kepada penjaga dengan mengambil tanggung jawab lain daripada sekadar menjaga gawang.

Scorpion kick adalah aksi beliau paling popular tetapi Rene Higuita juga merupakan pengambil sepakan percuma yang power. Penjaga Gol Paling Gila Dalam Sejarah Ketamadunan Bola Sepak dengan permainan penuh berisiko.

IFHHS telah meletakkan Higuita dikedudukan ke-8 sebagai penjaga gol paling hebat dalam sejarah bola sepak Amerika Selatan dan berada ditangga ke-10 sebagai penjaga gol yang paling banyak menjaringkan gol.

Kariernya banyak dihabiskan bersama kelab di Columbia dan pernah bermain bersama Millonarios, Atlético Nacional, Real Valladolid, Veracruz, Independiente Medellín dan Aucas.

Higuita bersara pada tahun 2005 selepas gagal dalam ujian dadah ketika bermain untuk kelab Aucas sebelum keluar dari persaraan pada 21 Julai 2007 dan beraksi bersama Guaros FC.

Pada 2008 Higuita yang berumur 41 tahun bersama kelab divisyen dua Colombia, Deportivo Rionegro sebelum beralih ke Deportivo Pereira pada Jun 2008.

Akhirnya Higuita bersama lagi dan kekal ke hari ini pada 25 Januari 2010.

Bersama skuad kebangsaan Higuita menjaringkan 3 gol dalam 68 penampilan dan sering menjadi pengambil sepakan bola mati serta pernah mewakili Colombia di Copa America dan Piala Dunia.




Paparkan Komen