Penjaga Gol Benfica Tersilap Baca Bola Dari Sepakan Percuma

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Penjaga gol Benfica, Odisseas Vlachodimos dihidangkan dengan sepakan percuma dari jarak 40 ela dan ketika bola disepak kelihatan seakan jauh tersasar di mata Odisseas Vlachodimos sebaliknya terjadi.

Odisseas Vlachodimos hanya membiarkan bola berlayar melepasi beliau sambil mengangakat tangan tanda sudah bersedia untuk membuat sepakan gol namun bola menerjah jaring.

Bola sepakan percuma melencong dan bertukar arah lalu melantun ke tanah sebelum masuk. Odisseas Vlachodimos mampu menangkap tapi memilih untuk membiarkan kerana salah bacaan.

Gol kelakar ini hadir selepas Benfica mendahului 2-0 untuk meneruskan penguasaan di puncak liga.

Namun satu lagi kesilapan pertanan yang gagal membuat hantaran ke belakang secara kemah menghadiahkan gol penyamaan.

Kehilangan mata bermakna Porto kini berjaya menyamakan mata dengan musuh ketat mereka dengan baki 9 perlawanan lagi tinggal.




Paparkan Komen