Pemain Leicester City dan Liverpool Bergaduh Selepas Perlawanan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Pasukan paling power di muka bumi, sang penakluk Eropah, Liverpool power this is our year meneruskan rekod mereka kepada 17 perlawanan secara berturut-turtu merapati rekod yang dicipta oleh Manchester City dengan 18 kemenangan dalam usaha mewujudkan satu standard baru.

Liverpool mencatatkan kemenangan ke-8 berturut-turut di Premier League musim ini sekaligus mengutip 24 mata penuh untuk terus mual-mual dan pening-pening kerana gayat teramat dipuncak liga.

Ketika masa perlawanan sebenar sudah tamat, permain dilangsungkan ke masa lanjutan ketika hampir mata dikongsi penuh adil buat kedua-dua pasukan aksi dramatik terjadi.

Marc Albrightonmelakukan sentuhan ke atas Sadio Mane yang jatuh lalu menggelupur seperti dilempar ke dalam kawah gunung berapi, jelas ada simulasi melampau dari Mane.

Pengadil tanpa teragak-agak terus memberikan penalti, namun atas nama keadilan Video Assistant Referee(VAR) telah dirujuk.

Selepas dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) maka sah keputusan pengadil memberikan penalti kerana ada sentuhan daripada Marc Albrighton ke atas Mane.

James Milner tampil mengambil tanggungjawab dan menyempurnakan sepakan penalti untuk Liverpool meraih 3 mata lalu terus gayat-m.

Selepas tamat permainan, pemain Leicester City, Ayoze Perez telah kehilangan sabar apabila dilihat bergaduh dengan Andy Robertson.

James Milner tampil meleraikan sambil Jamie Vardy dan Youri Tielemans juga turut sama menarik rakan sepasukan mereka supaya bertenang.




Paparkan Komen