Pemain Ini Raih Kad Merah Selepas Raikan Gol Meniru Gaya Simeone Dan Ronaldo

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pada 20 Februari lalu ketika Juventus tewas kepada Atletico Madrid pada perlawanan pertama Champions League pusingan 16 terbaik pengurus Atletico, Dieogo Simeone telah melakukan keraian yang kurang sopan.

Simeone telah memegang telurnya dengan perasaan bangga meraikan kejayaan pasukan bimbingan beliau dan mengakui perlakuan itu tidak sopan tetapi perlu dilakukan.

Conjones style katanya.

"Itu bukan isyarat yang bagus, aku akui tetapi aku rasa aku perlu lakukannya."

"Aku lakukan ketika bergelar seorang pemain dan melakukannya lagi untuk menunjukkan kepada peminat bahawa kami mempunyai Cojones(telur atau kerandut)."

"Aku minta maaf jika ada yang terasa. Aku tak tujukan kepada lawan. Aku berpaling kepada penyokong sendiri."

Pengurus Atletico Madrid akui perbuatan itu bukan ditujukan kepada lawan mereka iaitu Juventus tetapi kepada penyokong sendiri.

Siang malam bersilih ganti dan bumi berputar pada paksinya dan bukanlah berbentuk leper. Maka tibalah perlawanan kedua.

Cristiano Ronaldo berjaya memacu kebangkitan Juventus dengan menjaringkan hatrik lalu mara dengan agregat 3-2 dengan dua sundulan.

Sepakan penalti dipenghujung perlawanan melengkapkan hatrik dan malam gemilang Ronaldo.

Selepas wisel ditiup Ronaldo meraikan kemenangan dengan gaya yang dilakukan Simeone dua minggu lalu.

"Aku pun ada Cajones!" Mungkin itu yang mahu Ronaldo beritahu semua.

Namun malang buat pemain muda dari Croatia, Tino Blaz Laus yang beraksi bersama Hajduk Split bawah 19 tahun apabila dilayangkan kad merah selepas meniru gaya keraian Cojones itu dihadapan pengadil.

Tino telah menjaringkan gol ketiga Hajduk Split ketika menentang Hrvatski Dragovoljac untuk kedudukan 3-1 lalu seperti dirasuk Simeone atau Ronaldo melakukan keraian kurang sopan itu.

Pengadil tanpa teragak-agak dan yakin terus melayangkan kad merah. Rakan sepasukan yang menyedari perbuatan Tino itu telah menepuk kepalanya supaya sedar.

Namun semuanya sudah terlambat, kad sudah dikeluarkan.




Paparkan Komen