Panenka Indah Dari Lionel Messi

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Lionel Messi merupakan dalang disebalik kemenangan penuh bergaya Barcelona ini dengan dua gol dan dua assist. Magik dari Messi.

Luis Suarez dijatuhkan oleh Jason Denayer lalu Messi menyempurnakan sepakan penalti dengan gaya Panenka pada minit ke-18.

Video Assistant Referee(VAR) telah dirujuk dan sepakan penalti diberikan.

Satu percubaan yang berani dari Messi melakukan Panenka ketika kedudukan agregat masih 0-0. Itulah keyakinan.

https://www.youtube.com/watch?v=e1do-NPOJeI

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.




Paparkan Komen