Matic Tunggu Luar Bilik Persalinan Portugal Bawa Anak Jumpa Ronaldo

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pemain tengah Serbia, Nemanja Matic telah menunggu diluar bilik persalinan Portugal selepas perlawanan untuk menunaikan hajat anak lelakinya yang mahu bertemu dan bergambar bersama Cristiano Ronaldo.

Selepas mencatatkan dua keputusan seri dalam dua perlawanan pertama juara Euro 2016, Portugal mencatatkan kemenangan pertama mereka di pusingan kelayakan EURO 2020 di kumpulan B yang berlangsung di Rajko Mitic Stadium.

Bruno Fernandes telah mencipta dua peluang gol manakala Cristiano Ronaldo dan Bernardo Silva pula mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan menentang Serbia yang menyaksikan 6 gol terhasil.




Paparkan Komen