Lloris Karius Terus Membuat Kelakar Kali Ini Dalam Perlawanan Persahabatan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Penjaga pasukan terhebat di muka bumi ini, Loris Karius telah mencipta satu lagi situasi yang memalukan dalam satu perlawanan persahabatan menentang Tranmere pada petang selasa lalu yang berpunca dari sepakan percuma.

Jika tidak kelakar bukan Loris Karius namannya. Membuat kesilapan dalam perlawanan kini menjadi cap dagang buat penjaga gol Liverpool power this is our year itu yang pasti menghiburkan peminat bola sepak dunia kecuali penyokong Liverpool.

Pemain Tranmere, Norburn mengambil sepakan percuma dengan rembatan deras terus ke Karius yang jelas kelihatan selesa untuk menangkap kemas bola itu namun Karius tetap Karius, dakapannya tidak kemas dan bola melantun.

Melihat lantunan bola muntah itu, Jonny Smith tanpa perlu berlengan melakukan satu 'tapping' ringkas menolak bola masuk ke gawang dari jarak dekat untuk gol kedua Tranmere dalam perlawanan pemanas badan Liverpool.

Sudut pandang dari belakang. Jangan ketawa ini perkara serius.

Dalam perlawanan ini Liverpool berjaya menewaskan Tranmere dengan kemenangan tipis 3-2. Kesilapan Karius merupakan perkara terpenting yang perlu di selesaikan oleh Jurgen Klopp dalam perlawanan ini.

Sejak melakukan dua kesilapan di pentas besar dan perlawanan penting iaitu perlawanan akhir Champions League pada Mei lalu Karius dikritik hebat dan peminat mahukan pengganti kerana dengan kesilapan terbaru ini nyata Karius belum kembali trauma di Kyiv itu.

Selepas perlawanan akhir Champions League Karius membuat penampilan pertama dengan bermain selama 45 minit ketika Liverpool mudah membelasah Chester 7 gol tanpa balas dan belas disini juga telah terjadi kejadian kelakar.

Sekembalinya Karius dari cuti dan mimpi negeri ketika menentang Real Madrid, penyokong yang hadir memberi tepukan gemuruh sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat kepada pemain yang berasal dari Jerman itu.

Karius sekali lagi membuat kelakar ketika memanaskan badan apabila terlepas bola mudah mudah yang melalui celahan kakinya. Ketika kamera merakamkan Neil Mellor sedang berbicara mengenai pra-perlawanan Karius dirakam sedang membuat kelakar lagi.

Gegaran Kepala Memberi Kesan Hingga Kini?

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius disahkan mengalami gegaran di bahagian kepala ketika beliau melakukan dua kesilapan besar dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid bulan lalu.

Karius melakukan dua kesilapan berprofil tinggi yang menghadiahkan Real Madrid trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut. Adakah gegaran itu telah memberi kesan hingga ke hari ini?

Kesilapan pertama berlaku pada pertengahan separuh masa pertama dimana bola yang dilempar beliau kepada pemain pertahanan Liverpool berjaya dipintas oleh Karim Benzema bagi memberikan gol pertama kepada Real Madrid.

Kesilapan kedua pula berlaku pada lewat permainan ketika Liverpool sedang mencari gol penyamaan. Percubaan jarak jauh dari pemain gantian, Gareth Bale gagal ditampan dengan baik oleh Karius seterusnya memberikan gol ke-3 buat Los Blancos.

Beberapa minit sebelum 'memberikan' bola kepada Benzema, Karius terlibat dalam satu perlanggaran kepala dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos.

Ramos tidak menerima sebarang kad atau amaran dari pengadil perlawanan walaupun ulang tayang televisyen menunjukkan Karius terduduk sambil memegang kepalanya.

Karius memberi signal kepada pengadil yang beliau telah disiku oleh Ramos tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk menghukum tindakan Ramos.

Staff perubatan Liverpool risau dengan keadaaan semasa Karius dan meminta beliau berbuat demikian bagi memastikan tiada sebarang komplikasi serius dari perlawanan tersebut.

Pemeriksaan telah dijalankan di Boston pada 31 Mei yang mana menurut laporan ESPN, Karius telah bertemu pakar kecederaan kepala Dr. Ross Zafonte bagi mendapatkan khidmat nasihat di Massachusetts General Hospital.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan, pihak hospital berkata mereka telah menerima banyak panggilan untuk mengetahui tahap kesihatana penjaga gol Liverpool, Loris Karius.

"Kami menerima banyak panggilan bertanyakan mengenai status kesihatan penjaga gol Liverpool, Loris Karius."

"Dengan izin Karius, disini kami sediakan maklumat perubatan beliau dalam usaha kami untuk mengatasi penyebaran maklumat palsu."

"Selepas mengkaji kembali video perlawanan dan melihat sejarah pemain terbabit termasuk melakukan ujian fizikal dan objektif metrik terhadap Karius, kami dapat merumuskan Mr Karius telah mengalami gegaran ketika perlawanan berlangsung pada 26 Mei 2018."

"Pada masa penilaian, kami mendapati ruang visual Karius yang tidak berfungsi dengan sempurna ketika perlawanan itu sedang berlangsung. Perkara ini mampu memberikan kesan kepada persembahan beliau ketika perlawanan tersebut."

Kenyataan rasmi itu juga menyatakan Karius semakin beransur pulih dan dijangka akan pulih sepenuhnya berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan pihak hospital.

Selepas hampir dua bulan gegaran adakah Karius belum pulih?




Paparkan Komen