Liverpool Juara Battle of The Masters

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Battle of The Masters merupakan satu siri kejohanan yang mengumpul pemain lagenda dan veteran dari kelab handalan dunia. Battle of The Masters Asia edisi Singapura telah berlangsung di National Stadium Singapura.

Pertandingan secara round robin ini telah disertai oleh Singapore Masters, Arsenal Masters dan Liverpool Masters menampilan pemain Lagenda seperti Fandi Ahmad, Aleksander Duric, Robert Pirès, Nigel Winterburn, Steve McManaman, Robbie Fowler, Emile Heskey dan David James.

Setiap perlawanan akan hanya berlangsung selama 40 minit sahaja sesuai dengan tahap kecergasan lagenda dan pesara bola sepak yang semakin gebu gebas ini.

Liverpool muncul juara Battle of The Masters Asia edisi Singapura Selepas menewaskan Singapore Master 5-0 dan seri dengan Arsenal Master 2-2.

Perlawanan Pertama
FT : Singapore Masters 1-1 Arsenal Masters
Penjaring : Pires, Duric.

Perlawanan kedua
FT : Singapore Masters 0-5 Liverpool Masters
Penjaring : McManaman, og, Riera, Heskey, David James

Perlawanan ketiga
FT : Liverpool Masters 2-2 Arsenal Masters
Penjaring : Pires 2, Heskey, Thompson

Tournament Highlights. #MastersBattle

Battle of the Masters presented by American Express CapitaCard tournament highlights. #MastersBattle #Singapore #MastersFootball

Geplaatst door Masters Football op zaterdag 11 november 2017



Paparkan Komen