Liga Super 2019 : Terengganu FC 2-2 Kedah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Kedah terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan kebangkitan Terengganu bangkit mengikat keputusan seri sekaligus menyebabkan Kedah kehilangan mata berharga dalam persaingan merebut tempat kedua Liga Super 2019.

Shakir Hamzah meletakkan Kedah dihadapan seawal minit ke-4 melalui satu sundulan berpunca dari sepakan penjuru.

Sanjar Shaakhmedov kemudian menyamakan kedudukan melalui satu rembatan power dari luar kotak penalti.

Tchetche Kipre gagal menyempurnakan peluang ketika berdepan Ifwat dalam situasi 1 lawan 1.

Baddrol Bakhtiar kembali meletakkan Kedah dihadapan pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua tiada gol terhasil ketika masa perlawanan sebenar sudah pun berlalu.

Ketika Kedah seakan meraih tiga mata penuh Tchetche Kipre menjaringkan gol penyamaan pada minit 90+3.

FT Terengganu FC 2-2 Kedah FA

Shakir Hamzah 4'
Sanjar Shaakhmedov 33'
Baddrol Bakhtiar 45+2'
Tchetche Kipre 90+3'




Paparkan Komen