Liga Perdana 2019 : UiTM FC 1-2 Sabah FA

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Sabah bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan UiTM FC sekaligus muncul sebagai juara Liga Perdana 2019 selepas mengesahkan tempat ke Liga Super 2020 minggu lalu.

Gelaran juara yang diperoleh dengan penuh bergaya apabila UiTM FC terlebih dahaulu didepan pada separuh masa pertama melalui Zarko Korac.

Namun Sabah bangkit penuh bersemangat dengan aura sang juara apabila mengejar dengan dua gol dalam tempoh kurang 10 minit.

Rodoljub Paunovic menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58 sebelum Aguinaldo Mendes menggandakan kedudukan 9 minit kemudian.

Kemenangan ini menobatkan Sabah sebagai juara Liga Perdana 2019.

FT UiTM FC 1 - 2 Sabah FA
Zarko Korac 31'
Rodoljub Paunovic (P) 58'
Aguinaldo Mendes 67'




Paparkan Komen