Liga Perdana 2019 : Kelantan FA 1-1 Johor DT II

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Kelantan yang berkabung kerana kehilangan Presiden mereka, Bibi Ramjani Ilias Khan yang meletakkan jawatan mempamerkan aksi kebangkitan untuk mengikat JDT II dalam saingan Liga Perdana 2019.

Bekas ayam tambatan The Red Warriors yang kini beraksi bersama JDT II, Mohamad Ghaddar meletakkan JDT II dihadapan seawal minit ke-6 hasil sepakan penalti.

Namun Kelantan bangkit untuk mengikat pada babak kedua melalui jaringan Azwan Aripin dan Kelantan menyerang bertali arus untuk gol tambahan.

JDT II kembali menguasai permainan ketika perlawanan berbaki 15 minit namun tiada jaringan terhasil dan kedudukan seri kekal hingga tamat.

FT Kelantan FA 1 - 1 Johor DT II
Mohamad Ghaddar (P) 6'
Azwan Aripin 57'




Paparkan Komen