Lelaki Indonesia Naik Hantu Di Litar Sepang

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Telah tular aksi pergaduhan seorang lelaki dengan beberapa orang petugas di Pintu Utama Grandstand Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang sempena perlumbaan motosikal paling berprestij di dunia, Grand Prix(GP) yang berlangsung di Malaysia.

Menurut Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah lelaki tersebut merupakan warga Indonesia telah ditahan selepas terbabit dalam insiden pegaduhan di

Memetik laporan Harian Metro, lelaki Inodnesia yang berusia 32 tahun dipercayai telah menumbuk petugas di Pintu Utama Grandstand Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan kejadian itu terjadi pada jam 3.45 petang.

Mangsa kejadian dilaporkan telah menerima 5 jahitan.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah telah menyatakan punca pergaduhan itu.

"Puncanya apabila lelaki warga Indonesia itu ditegur kerana menendang pagar. Mangsa bertugas di Pintu Utama Grandstand SIC sebelum suspek terbabit menendang pagar."

"Mangsa yang menegur lelaki itu kemudiannya diserang dan ditendang. Dalam kejadian itu mangsa cedera di bibir."

Video berdurasi selama 24 saat itu telah tular dan menjadi bahan bualan warga net dan ada yang menyifatkan tiada pukulan padu dalam pergaduhan ini.

Di awal video ini jelas kelihatan lelaki Indonesia itu telah melepaskan tendangan tanpa bayang tetapi dapat dielak petugas dengan hikmat meringankan badan dan kakinya sangkut di pintu masuk lalu terjatuh.

Selepas terjatuh lelaki Indonesia itu segera mengatur pernafasan kerana diserang balas bertubi-tubi bagi mengurangkan kesakitan dan bingkas bangun lalu melepaskan satu tumbukan melukut ditepi gantang ke pipi petugas.

Petugas itu segera membalas dengan dua jurus tamparan beruang kutub sebelum raknnya datang membantu dengan satu tendangan pemutus zuriat yang penuh bergaya namun tidak menemui sasaran.

Kemudian video tamat.

Video dari sudut lain.

Sebelum kejadian ini, telah terjadi kes kecurian membabitkan beberapa pasukan yang bertanding nyata telah memalukan dan mencalar imej Malaysia selaku tuan rumah perlumbaan.

Beberapa pasukan telah menjadi mangsa kecurian ini yang dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat, antara pukul 1 hingga 5 pagi, dalam keadaan cuaca hujan lebat.

Pasukan Angel Nieto Team merupakan pasukan yang mengalami kerugian paling teruk, di mana beberapa alat ganti seperti tayar depan, ‘suspension’ dan brek bagi jentera kelas Moto2 dan Moto3 telah dicuri.



Paparkan Komen