Leandro Carvalho Jaring Gol Terus Dari Sepakan Penjuru

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Dalam perlawanan di Liga Brazil ini, Corinthians sedang mendahului 2-1, ketika permainan berbaki beberapa saat lagi dan kemenangan hampir pasti dalam genggaman, pasukan lawan, Ceara telah dihadiahkan sepakan penjuru.

Pada kebiasaannya, ketika mengambil sepakan penjuru pemain akan melambungkan bola ke dalam kotak pemain mencari rakan yang lain bagi menyempurnakan sepakan itu kepada gol namun tidak bagi Leandro Carvalho.

Pemain berusia 24 tahun itu memilih untuk terus melakukan percubaan daripada sepakan penjuru dengan menggunakan bahagian luar kaki atau teknik yang dipanggil Trivela bukan trivago.

Semua tertipu dan tergamam dengan sepakan padu itu, apabila menyedari ditipu sudah terlambat bagi penjaga gol Corinthians melakukan apa-apa.

Sudah ramai menjaringkan gol terus daripada sepakan penjuru dan biasanya dilakukan dengan sepakan lencong dan bukan Trivela.

Gol penyamaan minit akhir yang begitu istimewa.




Paparkan Komen